Topical Fluoride

Topical Fluoride – Elakkan Masalah Gigi Reput

Fluoride atau dalam Bahasa Malaysia lebih dikenali sebagai florida merupakan salah satu daripada elemen mineral yang turut ada di dalam air. Ia juga terbahagi kepada dua kategori iaitu topical fluoride dan systemic fluoride.

Ia amat berkait rapat dengan dunia kesihatan pergigian. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan salah satu komponen penting dalam ubat gigi anda. Secara umumnya, topical fluoride membantu dalam memastikan gigi anda untuk tidak mudah reput.

Tooth decay atau gigi reput merupakan salah satu daripada masalah pergigian yang termasuk dalam kategori serius. Kandungan bakteria yang tinggi di kawasan permukaan gigi, merupakan punca utama kenapa gig anda boleh mereput. 

Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi dengan kandungan karbohidrat dan gula juga akan menyebabkan bakteria di permukaan gigi anda bertukar menjadi asid yang berbahaya. Hal ini akan mempercepatkan proses gigi anda untuk mereput.

Sebenarnya masih ramai yang keliru dan kerap membuat carian di Google mengenai topik ini. Hal ini kerana carian seperti “topical fluoride application” juga sangat tinggi di Google. Jangan risau kerana kami akan terangkan dengan lebih lanjut mengenai proses penggunaannya.

Topical Fluoride dan Ubat Gigi

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, ia merupakan salah satu daripada bahan penting di dalam ubat gigi anda. Jenis ini termasuk dalam kategori self-applied topical fluoride.

Kebanyakan ubat gigi yang ada di pasaran sebenarnya sudah mempunyai kandungan topical fluoride yang mencukupi untuk memastikan gigi anda berada pada tahap yang terbaik. Selain daripada ubat gigi, sesetengah bahan untuk berkumur juga mengandungi topical fluoride.

Setiap kali selepas makan, ataupun sebelum anda tidur, tabiat untuk mengosok gigi atau mencuci kawasan dalaman mulut menggunakan ubat gigi dan mouth rinsing perlu dijadikan rutin.

Hal ini bertujuan untuk memastikan bakteria yang terkumpul terutamanya selepas anda makan, dapat dihapuskan. Sekiranya anda tidak melakukan sedemikian, risiko untuk anda mengalami masalah gigi reput adalah tinggi.

BACA JUGA : Teeth Whitening – Rawatan Pemutihan Gigi

Sebenarnya rutin ini tidak mengambil masa yang lama. Cukup sekadar anda menggosok gigi atau berkumur. Pastikan anda menggosok di keseluruhan dan di celah-celah gigi anda selama 2 minit. 

Perkara ini juga perlu ditekankan kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka, sentiasa menggosok gigi dengan cara yang betul supaya dapat mengurangkan risiko serta masalah gigi mereput di kemudian hari.

Bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

BACA JUGA : Tooth Implant – Selesa Seperti Gigi Asli

Rawatan di Klinik Pergigian

Topical Fluoride

Rawatan di klinik pergigian adalah pilihan untuk anda jika anda ingin mendapatkan rawatan ini. Jika masalah pereputan gigi anda agak kronik, kebiasaannya doktor gigi akan menggalakkan anda untuk mendapatkan rawatan segera.

Ada juga sesetengah individu yang menjadikan rawatan topical fluoride sebagai salah satu rutin aktiviti kesihatan pergigian yang mereka selitkan di dalam jadual setiap 3 bulan untuk individu yang “high caries risk”. 

Apabila anda mendapatkan topical fluoride treatment di klinik pergigian, doktor gigi akan menggunakan topical fluoride varnish untuk disapu di setiap enamel gigi anda. Kadang kala doktor akan mengunakan topical fluoride gel yang akan di letakkan di dalam tray mulut dan diletakkan di dalam mulut selama 1 minit. Varnish atau gel tersebut akan membantu menguatkan enamel gigi anda.

BACA JUGA : Porcelain Veneer – Semua Yang Anda Perlu Tahu

Topical Fluoride

Selain itu, varnish atau gel tersebut juga akan mengurangkan risiko gigi anda untuk mengalami masalah gigi mereput. Sebelum semuanya terlambat, anda harus sentiasa peka tentang keadaan dan tahap kesihatan gigi anda.

Kami di Artisan Dental juga turut menawarkan rawatan topical fluoride. Berdasarkan maklum balas yang kami terima daripada pelanggan, ramai yang sangat berpuas hati dengan rawatan yang kami berikan. Ada juga yang sudah membuat tempahan slot mereka.

Rasanya itu sahaja perkongsian daripada kami mengenai topical fluoride. Untuk sebarang info dan pertanyaan, anda boleh hubungi kami supaya kami dapat memberi bantuan yang lebih terperinci dan sesuai dengan keadaan anda.

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.