Zaman sekarang, klinik pergigian semakin mendapat tumpuan daripada masyarakat di Malaysia. Jika anda perasan, hampir setiap bulan pasti akan ada klinik pergigian yang baru dibuka di kawasan sekitar anda. Bukan itu sahaja, dalam satu kawasan blok perniagaan, pasti akan ada sekitar dua atau tiga klinik pergigian.
Sama juga jika anda search di Google mengenai “klinik pergigian near me”, anda akan lihat banyak cadangan yang berada di sekitar kawasan anda termasuklah klinik pergigian kerajaan dan juga klinik pergigian swasta.
Besar kemungkinan orang ramai sudah mula sedar dan peka akan kepentingan penjagaan gigi. Mungkin suatu ketika dahulu, ramai yang mengambil mudah akan pemeriksaan gigi, sedangkan ia sebenarnya perlu menjadi keutamaan sama seperti pemeriksaan kesihatan yang lain.
Kebanyakan daripada kita hanya akan merujuk klinik gigi sekiranya kita mengalami kesakitan, masalah atau ketidakselesaan sahaja. Yelah kan, anda pun pasti pernah dimomokkan dengan cerita yang menakutkan apabila sebut tentang klinik gigi.
Beza Klinik Pergigian Kerajaan dan Swasta
a. Tempoh Menunggu Temujanji

Faktor utama yang menjadikan klinik pergigian swasta sering dikunjungi oleh orang ramai adalah kerana tempoh temujanji yang lebih cepat berbanding klinik pergigian kerajaan. Temujanji di klinik kerajaan mungkin memakan masa yang agak lama apabila dibandingkan dengan klinik gigi swasta.
Temujanji klinik pergigian menjadi diantara faktor utama yang membezakan diantara klinik gigi kerajaan dan swasta. Temujanji online klinik gigi swasta adalah salah satu sebab utama sesetengah orang lebih berminat untuk membuat pemeriksaan gigi di klinik gigi swasta.

Di Artisan Dental, semuanya lebih mudah kerana kami sediakan sistem untuk booking temujanji anda di dalam website kami sendiri. Anda hanya perlu:
- Isikan beberapa maklumat asas
- Pilih tarikh
- Pilih servis atau rawatan
- Pilih cawangan berdekatan
Tempoh masa operasi kami juga lebih panjang dan kami turut beroperasi pada hujung minggu (bergantung pada lokasi). Jadi, ia pasti akan lebih memudahkan anda jika anda bekerja pada hari biasa. Kami juga akan memberikan respons segera berkenaan temujanji online anda.
BACA JUGA : Teeth Whitening – Rawatan Pemutihan Gigi
b. Kepakaran

Memang tidak dapat dinafikan bahawa klinik gigi kerajaan mempunyai ramai doktor gigi pakar. Namun, kebanyakan masanya anda perlu menunggu untuk satu tempoh yang agak lama untuk mendapatkan rawatan daripada mereka.
Jangan risau kerana kebanyakan klinik gigi swasta juga mempunyai pakar mereka sendiri yang sentiasa ada untuk sebarang rawatan atau servis yang memerlukan kepakaran mereka. Apa yang lebih menarik adalah tempoh untuk menunggu juga adalah lebih singkat.
Kepakaran dan teknologi yang digunakan juga tidak terlalu banyak bezanya. Jadi, anda boleh mendapatkan servis dan rawatan tanpa perlu berasa risau akan kualiti yang anda akan terima.
Sama seperti di Artisan Dental, klinik gigi kami mempunyai doktor gigi pakar untuk perkhidmatan konsultasi dan rawatan masalah pergigian yang kompleks.
BACA JUGA : Tooth Implant – Selesa Seperti Gigi Asli
Servis Di Klinik Pergigian

Untuk pengetahuan anda, klinik gigi menawarkan pelbagai jenis servis, rawatan dan juga konsultasi tentang masalah-masalah yang berkaitan gigi, mulut dan gusi. Ia jauh berbeza dengan tanggapan anda selama ini yang hanya mengaitkan klinik gigi dengan ‘cabut gigi’ semata-mata.
Jom kami kongsikan dengan anda diantara servis-servis utama yang ditawarkan di klinik gigi:
- Diagnosis dan konsultasi
- Gigi palsu
- Veneer
- Rawatan Akar Gigi
- Korona dan Jambatan
- Pemutihan gigi
- Pembedahan Kecil
- Cabutan gigi
- Tampalan gigi
.
Servis di Artisan Dental
Di Artisan Dental pula, kami turut menawarkan servis-servis utama tersebut berserta dengan servis-servis lain yang membezakan kami daripada klinik gigi yang lain. Antara servis yang kami tawarkan adalah seperti berikut:
- Topical Fluoride
- Tooth Extraction
- Scaling and Polishing
- Wisdom Tooth Removal
- Mouth/Night Guard
- Fissure Sealant
- Teeth Veneers
- Teeth Whitening
- ICON Treatment
- Conventional Braces
- Self-Ligating Braces
- “Invisible Brace”
- Myo Braces (For Kids)
- Retainer
- Dentures
- Tooth Filling
- Tooth Implant
- Root Canal Treatment
- Tooth Crown & Bridges
.
BACA JUGA : Klinik Pergigian Swasta – Prosedur, Temujanji, Kepakaran dan Masa

Rasanya anda mesti dah semakin jelas mengenai apa sebenarnya yang ditawarkan oleh klinik gigi kan? Jika anda ada sebarang pertanyaan, anda tak perlu risau kerana anda boleh sahaja menghubungi kami.
Kami sentiasa gembira dan bersedia untuk membantu anda. Sekian sahaja perkongsian kami kali ini mengenai klinik pergigian. Semoga bermanfaat!