Harga Cabut Gigi di Klinik Swasta

Harga Cabut Gigi di Klinik Swasta – Mahal Atau Murah?

Harga cabut gigi di klinik swasta agak berbeza berbanding dengan klinik kerajaan. Harga cabut gigi klinik swasta boleh dikatakan lebih mahal sedikit apabila dibandingkan dengan klinik kerajaan.

Tetapi, tahukah anda ramai orang lebih memilih untuk mendapatkan rawatan cabut gigi di klinik swasta atas beberapa faktor walaupun harganya lebih mahal. Secara asasnya, anda tidak perlu menunggu lama untuk membuat tempahan slot bagi setiap rawatan. 

Tambahan pula, klinik pergigian swasta juga mengamalkan tempahan slot secara online, yang lebih mesra dari sudut keselesaan pelanggan untuk hadir pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya perlu nyatakan sahaja bila tarikh yang sesuai untuk anda mendapatkan rawatan. 

Tetapi, ramai sebenarnya yang nak tahu mengenai harga cabut gigi di klinik swasta. Mungkin mereka risau harganya lebih mahal. Jom, kami terangkan lebih lanjut tentang setiap info yang menarik mengenai cabut gigi.

Rawatan Cabut Gigi 

Rawatan cabut gigi ada beberapa jenis. Ada rawatan yang menawarkan cabut gigi geraham, cabut gigi berlubang dan cabut gigi geraham atas. Cabut gigi adalah satu prosedur yang memerlukan fokus yang sangat teliti.

Sebelum anda terus ke prosedur cabut gigi, nasihat kami adalah, mulakan dengan mendapatkan khidmat konsultasi dan saranan daripada doktor gigi tentang masalah anda. Ini supaya anda lebih jelas dan maklum mengenai ketidakselesaan yang berlaku pada gigi anda.

Selepas mendapat konsultasi daripada doktor gigi berserta saranan untuk lanjut ke arah cabut gigi, doktor gigi akan meneliti terlebih dahulu mengenai punca utama sebelum memberikan penerangan mengenai prosedur cabut gigi akan berlangsung.

BACA JUGA : Conventional Braces – Jenis, Fungsi dan Harga

Boleh kami katakan, anda akan dikendalikan dengan penuh tertib dan baik. Doktor akan memberi anastesi atau ubat kebas supaya anda tidak merasa apa-apa kesakitan sepanjang prosedur berlangsung.

Prosedur cabut gigi tidak lama, kerana doktor gigi sudah dilatih dan ini merupakan rutin harian mereka. Selepas cabut gigi, anda mungkin akan merasakan sedikit sakit kerana ubat kebas mungkin sudah tidak efektif lagi. Keadaan gusi anda selepas cabut gigi pula mempunyai kemungkinan akan bengkak, namun ia hanya untuk sementara waktu sahaja.

Doktor gigi juga akan memberikan ubat tahan sakit sebagai bekalan untuk di ambil di rumah sekiranya perlu. Ia mampu untuk mengurangkan rasa sakit sebelum gusi anda mula sembuh sepenuhnya.

Berapa Lama Tempoh Sembuh Selepas Cabut Gigi?

Harga Cabut Gigi di Klinik Swasta

Tempoh sembuh cabut gigi bergantung kepada komplikasi rawatan. Secara purata, tempoh masa yang diambil adalah dalam lingkungan kurang dari 1 minggu untuk sembuh sepenuhnya. Digalakkan anda untuk berehat dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti lasak atau berat.

BACA JUGA : Componeer – Tampil Dengan Senyuman Lebih Menawan

Harga Cabut Gigi di Klinik Swasta

Harga cabut gigi kebiasaannya bergantung kepada jenis servis yang ditawarkan di klinik pergigian tersebut. Antara servis cabut gigi yang ditawarkan  adalah:

  • Cabut gigi geraham
  • Cabut gigi berlubang
  • Cabut gigi geraham atas
  • Cabut gigi susu

Sebagai contoh, kos cabut gigi geraham mungkin lebih mahal berbanding cabut gigi susu disebabkan kesulitan prosedurnya Banyak lagi kategori cabut gigi sebenarnya, dan senarai servis juga adalah lebih kurang sama sahaja seperti di klinik kerajaan. 

BACA JUGA : Klinik Pergigian Swasta – Prosedur, Temujanji, Kepakaran dan Masa

Harganya mungkin agak mahal disebabkan anda hanya perlu nyatakan hasrat dan tarikh temujanji yang anda inginkan. Seperti di Artisan Dental, kami turut menyediakan rawatan cabut gigi dengan harga mampu milik. Ramai sebenarnya yang sangat berpuas hati dengan servis kami.

Jangan risau, harga cabut gigi di klinik pergigian swasta masih lagi dalam lingkungan mampu milik dan berpatutan. Harga cabut gigi juga adalah berbaloi dari sudut servis yang ditawarkan.

Rasanya itu sahaja perkongsian kami kali ini mengenai harga cabut gigi di klinik swasta. Harapan kami adalah perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca. Sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi kami di Artisan Dental.

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.