Tooth Implant

Tooth Implant – Selesa Seperti Gigi Asli

Nak tahu apa kepentingan tooth implant? Jom baca perkongsian kami kali ini. Kami akan kongsikan dengan selengkapnya supaya anda dapat tahu samada implan adalah pilihan yang sesuai untuk anda atau tidak.

Walaupun teknologi perubatan pergigian saban hari semakin canggih, namun ia masih belum dapat mengelakkan masalah kehilangan gigi. Banyak sebenarnya yang menjadi punca kepada masalah ini seperti:

  • Gigi reput
  • Masalah atau penyakit gusi
  • Kecederaan

.

Tooth Implant

Jika dahulu, buat mereka yang mengalami masalah kehilangan gigi, rawatan-rawatan yang akan dicadangkan oleh doktor gigi adalah:

  • Bridges (jambatan gigi)
  • Dentures (gigi palsu)

.

Tapi jangan risau. Hal ini kerana teknologi tooth implant yang dikenalpasti sebagai cara gantian gigi yang terbaik sudah banyak digunakan secara meluas di negara kita dengan harga yang berpatutan.  

Apa Sebenarnya Tooth Implant?

Tooth implant adalah rawatan penggantian akar gigi. Dengan menggunakan implan, ia akan memberikan asas yang kukuh untuk penggantian gigi yang kekal dan tahan lama. Gigi yang diganti juga akan dihasilkan bersesuaian dan paling hampir  dengan gigi asli anda.

Kelebihan Tooth Implant

Tooth implant ini ada banyak kelebihannya. Antaranya adalah:

a. Mencantikkan Penampilan

Tooth Implant

Tooth implant akan membuatkan gigi yang dipasang terasa dan kelihatan seperti gigi asli anda. Disebabkan ia direka untuk bersambung dengan tulang anda, ia akan menjadi kekal dan lebih kuat.

b. Membaiki Percakapan

Tooth Implant

Haa.. Jangan pelik ye kalau mereka yang ada masalah gigi ini akan mengalami masalah ketika bercakap. Begitu juga mereka yang memakai gigi palsu dan bukannya tooth implant. 

Ada ketikanya gigi palsu yang longgar dan tidak melekap dengan elok akan tergelincir sehingga mengganggu untuk bercakap. Dengan melakukan implan, anda tidak perlu lagi risau dengan masalah ini.

c. Lebih Selesa

Inilah perbezaan yang sangat ketara apabila anda menggunakan teknologi implan ini berbanding gigi palsu yang boleh dicabut. Anda tidak perlu lagi risau gigi palsu anda akan tercabut ,sekaligus menghilangkan rasa tidak selesa yang ada pada bahagian mulut anda. Hal ini kerana implan gigi akan menjadi sebahagian daripada anda. 

Anda tidak akan rasa seperti ada sesuatu yang asing atau pelik pada diri anda terutamanya didalam mulut. Semuanya akan terasa seperti semulajadi sahaja.

d. Lebih Mudah Untuk Makan

Ia akan berfungsi sama seperti gigi asli anda. Anda boleh mengunyah dan makan seperti biasa. Tak perlu lagi anda terpaksa untuk mengorbankan makanan kegemaran anda.

e. Kesihatan Oral

TIdak seperti cara gantian gigi yang lain, implan tidak memerlukan anda untuk mengubah atau membuang sebahagian gigi lain yang tidak berkaitan. Gigi-gigi yang berhampiran tidak perlu diubah apa-apa untuk menyokong implan tersebut.

Disebabkan gigi-gigi anda yang lain dibiarkan seperti biasa, ia akan memudahkan untuk memebersihkan gigi dan memastikan kesihatan gigi  lebih baik dan secara menyeluruh.

f. Tooth Implant Tahan Lama

Tooth Implant

Tidak seperti gantian gigi yang lain dimana anda mungkin perlu kerap untuk menukar yang baru, Tooth implant mampu untuk tahan lebih lama. Dengan penjagaan kesihatan gigi dan mulut yang baik, ada yang mampu bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya. 

g. Mudah

Gigi palsu harus ditanggalkan bagi tujuan pembersihan dan juga sebelum tidur. Dengan menggunakan implan, anda tidak lagi perlu untuk mencabutnya bagi tujuan pembersihan samada pembersihan gigi palsu tersebut atau pembersihan mulut anda. 

Kami faham bahawa ada ramai juga daripada mereka yang memakai gigi palsu ini berasa sangat malu dengan keadaan tersebut. Dengan implan, anda tidak lagi perlu untuk melakukannya. Ada juga tidak perlu untuk menggunakan pelekat bagi memastikan ia kekal berada di tempatnya.

Tahap Keberkesanan Tooth Implant

Secara umumnya, implan mempunyai tahap keberkesanan sehingga 98%.Ini adalah tahap keberkesanan yang sangat tinggi!  Dengan penjagaan yang baik, implan mampu untuk kekal tahan lebih lama.

Siapa Yang Sesuai?

Secara amnya, mereka yang cukup sihat dan kuat untuk menjalani cabutan gigi atau pembedahan oral sesuai untuk menjalani tooth implant ini. Selain itu, gusi anda juga perlu mempunyai tulang yang mencukupi untuk menyokong implan tersebut.

Jangan risau. Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut seperti harga tooth implant atau tooth implant price, kami di Artisan Dental bersedia untuk membantu dan memberikan anda maklumat lanjut.

Anda boleh hubungi mana-mana lokasi kami yang berhampiran dengan anda. Klik button dibawah untuk senarai lokasi klinik pergigian kami.

Sekian sahaja perkongsian kami kali ini. Semoga ia memberikan banyak manfaat untuk anda.

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.