Teeth Whitening

Teeth Whitening – Rawatan Pemutihan Gigi

Teeth Whitening merupakan rawatan pemutihan gigi profesional atau kaedah pelunturan yang dibuat di klinik gigi  untuk mengurangkan perubahan warna pada lapisan enamel dan  dentin. Perubahan warna ini pula biasanya disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

  • Minuman berkafein (kopi, teh) 
  • Merokok
  • Proses penuaan
  • Pengambilan sesetengah jenis ubat secara berterusan

.

Teeth Whitening

Whitening gel yang digunakan semasa prosedur whitening  mengandungi hydrogen peroxide yang berfungsi untuk menguraikan molekul-molekul berwarna yang melekat pada permukaan gigi, sekaligus menjadikan warna gigi lebih cerah. 

Prosedur Whitening

Sebelum doktor gigi anda menentukan samada kaedah ini sesuai atau tidak dengan anda, anda perlu melalui pemeriksaan terlebih dahulu terhadap gigi dan gusi anda untuk melihat keadaan gigi dan kesihatan gigi dan gusi anda.

Teeth Whitening

Selain itu, doktor gigi juga akan bertanya mengenai kaedah penjagaan mulut anda dan juga gaya hidup anda untuk menentukan samada anda akan mendapat manfaat atau tidak daripada kaedah whitening ini.

Jika ia tidak sesuai, maka kaedah ini hanya akan menjadi sia-sia sahaja. Selain itu, ia juga untuk memudahkan doktor gigi anda memberikan anda cadangan rawatan, produk atau kaedah yang lebih sesuai dengan anda.

Bila Teeth Whitening Dicadangkan?

Whitening boleh dibuat jika anda merasakan gigi anda agak kekuningan dan anda ingin memutihkannya. Anda juga mungkin akan disarankan  untuk menjalani rawatan ini jika anda bercadang untuk mendapatkan rawatan pergigian kosmetik seperti veneer, composite bonding atau selepas anda membuka braces.

Tujuannya adalah untuk memastikan padanan yang tidak kelihatan terlalu berbeza diantara warna semulajadi gigi anda dan juga warna bahan yang digunakan. Ia juga bergantung kepada keadaan gigi anda. Jadi, whitening bukanlah diantara cadangan yang akan sentiasa disarankan oleh doktor gigi.

Selain itu, doktor gigi anda juga akan melihat rekod pergigian anda setakat ini samada anda pernah melakukan proses crown atau veneer. Jika pernah, whitening tidak akan memberikan kesan kepada pemutihan gigi anda. Selain itu, whitening ini tidak akan memberi kesan kepada tampalan gigi. 

Prosedur Teeth Whitening

Teeth Whitening

Biasanya prosedur ini tidak akan mengambil masa lebih daripada satu jam. Namun, kebiasaannya proses pembersihan gigi (scaling & polishing) akan disarankan sebelum anda memulakan rawatan pemutihan ini.

Prosedur akan bermula dengan mengambil warna (shade) gigi anda. Kemudian, gusi anda akan dilindung dengan gingival protection gel. Hanya bahagian gigi sahaja akan kekal terdedah. Kemudian, doktor gigi  akan menyapu gel pemutih hydrogen peroxide di permukaan gigi yang terlibat, kemudian permukaan gigi anda akan didedahkan dengan whitening light. 

Gel tersebut akan kekal pada gigi anda selama 15 minit (1 cycle) dan dalam tempoh itu  jugalah whitening light akan kekal aktif.

Gel ini akan disapu sebanyak tiga kali dan setiap sesi akan kekal selama 15 minit. Jadi, jumlah keseluruhan proses ini adalah selama 45 minit. Sebaik sahaja semuanya selesai, permukaan gigi anda akan dibersihkan dan gel sensitivity-reducing fluoride akan disapu pada gigi anda. Setelah itu, warna gigi (shade) selepas prosedur akan direkodkan. 

Cara Kekalkan Kesan Pemutihan

Selepas selesai semuanya, anda akan diberikan whitening home-kit  atau teeth whitening kit yang akan digunakan di rumah (sekiranya anda mengambil pakej whitening termasuk dengan home kit). Didalam kit tersebut ada disediakan beberapa bahan yang anda perlu gunakan mengikut arahan daripada doktor gigi anda.

Untuk mengekalkan kesan pemutihan, doktor gigi  akan menasihatkan anda untuk mengelakkan beberapa jenis makanan dan minuman. Anda boleh mengambilnya, namun dalam kuantiti yang rendah sahaja.

Antara yang perlu anda elakkan adalah:

  • Teh
  • Kopi
  • Air berkarbonat
  • Makanan yang mengandungi bahan pewarna

.

Teeth Whitening
Teeth whitening. Healthy white teeth are smiling and yellow from cigarettes and sad coffee on green mint background with toothbrush.

Bahan-bahan tembakau juga mampu untuk mengotorkan gigi anda sekalipun anda selesai menjalani rawatan pemutihan gigi. Kebiasaannya doktor gigi anda akan menyarankan anda supaya berhenti daripada mengambilnya.

Anda juga akan disarankan untuk mengekalkan proses pembersihan oral seperti menggosok gigi dan juga floss untuk mengelakkan kotoran daripada terbentuk dan mendapatkan rawatan pembersihan gigi secara berkala.

Beberapa jenis ubat gigi yang mengandungi ejen pemutih juga mungkin akan dicadangkan oleh doktor gigi anda bagi memastikan kesan rawatan tersebut kekal untuk tempoh yang lama.

Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Sewaktu whitening dilakukan, ada sesetengah individu yang mungkin akan berasa sensitif dengan rawatan tersebut. Sebagai contoh, whitening light akan memberikan sedikit haba yang akan menyebabkan sedikit rasa tidak selesa.

Dalam sesetengah kes, ada sedikit rasa ngilu atau sensitif pada gigi selepas rawatan  namun biasanya ia akan beransur hilang selepas 1-2 hari. Jika anda ada merasakan perkara-perkara tersebut, anda boleh minta dengan doktor gigi anda pandangan atau produk yang sesuai.

Sama seperti kebanyakan produk pemutih yang lain, whitening tidak akan disarankan kepada mereka yang berusia 13 tahun ke bawah, ibu hamil dan juga ibu menyusu.

Anda juga perlu tahu bahawa kesannya adalah berbeza mengikut individu. Sebab itulah anda perlu menjalani pemeriksaan oral terlebih dahulu kerana dengan cara itulah doktor gigi anda akan dapat menentukan samada ia sesuai atau tidak dengan anda.

Baca Juga : Klinik Pergigian Swasta – Prosedur, Temujanji, Kepakaran dan Masa

Kos Teeth Whitening

Kos rawatan ini adalah berbeza mengikut lokasi, kepakaran, apa yang akan diberikan selepas rawatan dan beberapa faktor lain lagi. Sebab itu jugalah jika anda mencari di Google berkenaan “teeth whitening price” atau “teeth whitening Malaysia price”, sukar untuk anda mendapatkan harga yang tepat.

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi mana-mana cawangan Artisan Dental yang berada di lokasi berhampiran anda. Di Artisan Dental, anda boleh memilih  package teeth whitening yang anda inginkan mengikut keperluan dan bajet anda. 

.

Sekian sahaja perkongsian kami kali ini mengenai  teeth whitening. Diharapkan dengan perkongsian ini, anda akan beroleh banyak manfaat yang akan memberikan kebaikan buat anda dan membantu anda untuk mendapatkan gambaran yang sewajarnya.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, hubungi sahaja kami. Kami sentiasa bersedia untuk membantu!

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.