Tooth Extraction

Tooth Extraction – Betul Ke Mengerikan?

Tooth extraction atau cabut gigi mungkin menjadi perkara terakhir yang anda ingin lakukan dalam hidup anda. Hal ini kerana kita seringkali dimomokkan dengan kisah dan pengalaman mengenai sakitnya prosedur mencabut gigi.

Jika anda masih ingat, pada zaman sekolah dahulu, apabila nama dipanggil untuk pemeriksaan gigi, pasti perkara pertama yang terlintas dalam fikiran adalah cabut gigi. Bukan itu sahaja, ada yang sanggup untuk tidak hadir ke sekolah apabila melihat ada van pergigian dan jururawat.

Ia juga merupakan topik hangat di carian Google. Antara carian yang menarik mengenai tooth extraction atau cabut gigi ini adalah:

  • Cabut gigi 
  • Cabut gigi geraham
  • Cabut gigi berlubang
  • Cabut gigi geraham atas
  • Selepas cabut gigi

Tapi adakah anda tahu mengapa dan kenapa wujudnya prosedur mencabut gigi ini? Ramai sebenarnya tidak tahu kepentingan dan kelebihan cabut gigi. Jom, kami terangkan dengan lebih lanjut mengenainya.

Tooth Extraction – 3 Sebab Kenapa Ia Perlu 

Tooth Extraction

Alternatif lain bagi menjaga kesihatan gigi anda adalah dengan melalui rawatan tooth extraction. Ia bukan opsyen, tapi atas saranan dan nasihat daripada doktor gigi anda.

Tapi pasti anda tertanya-tanya mengapa perlu buat sedemikian ?

Antara sebab anda perlu melakukan rawatan ini adalah;

a. Impaction (Terimpak)

Impaction terjadi apabila salah satu gigi anda tumbuh di antara satu sama lain dan gagal tumbuh sepenuhnya di dalam mulut. Kedudukan gigi anda tumbuh secara melintang, lalu menyebabkan ketidakselesaan pada gusi. 

Kebanyakan individu yang mengalami tooth impaction, akan disarankan oleh doktor gigi untuk segera melakukan rawatan tooth extraction. Tooth extraction dapat mengurangkan sakit yang dihadapi.

BACA JUGA : Teeth Whitening – Rawatan Pemutihan Gigi

b. Tooth Decay

Tooth decay atau gigi mereput yang tidak lagi boleh ditampal atau diselamatkan menjadi salah satu punca anda perlu menjalani rawatan tooth extraction.  Rasa sakit yang kuat dan gusi anda membengkak dengan teruk adalah simptom utama anda mungkin mengalami masalah tooth decay.

BACA JUGA : Tooth Implant – Selesa Seperti Gigi Asli

c. Gingivitis dan Periodontitis

Gingivitis adalah sejenis radang gusi di sekitar kawasan gigi anda. Periodontitis pula adalah sejenis penyakit gusi yang lebih serius melibatkan radang pada struktur yang memegang gigi seperti tulang, gusi dan tisu-tisu lain. Kedua-duanya menyebabkan tulang dan gusi sekitar gigi anda bermasalah.

Apabila ia menjadi lebih kronik, ia boleh mengakibatkan gigi anda menjadi goyang serta menyebabkan anda merasa sakit, maka doktor gigi menggalakkan untuk anda melakukan prosedur tooth extraction.

BACA JUGA : Porcelain Veneer – Semua Yang Anda Perlu Tahu

Kos Tooth Extraction

Harga cabut gigi di klinik swasta dan kerajaan adalah berbeza, bergantung kepada kesulitan prosedur. Harga cabut gigi klinik swasta mungkin sedikit mahal berbanding klinik kerajaan disebabkan proses dan servis yang cepat ditawarkan di klinik swasta.

Harga cabut gigi juga bergantung kepada jenis gigi yang ingin dicabut. Sekiranya situasi anda memerlukan pembedahan kecil, maka kos yang perlu anda tanggung akan menjadi sedikit tinggi berbanding tooth extraction yang normal.

Jangan risau, kesemua rawatan dan prosedur cabut gigi masih berada dalam harga yang mampu milik dan berpatutan. Sedikit pelaburan untuk mengurangkan rasa sakit adalah pelaburan yang berbaloi juga.

Kami di Artisan Dental juga turut menawarkan rawatan tooth extraction, bagi anda yang memerlukan. Dengan kepakaran doktor gigi yang kami ada, kami yakin pengalaman anda akan berbeza dari lain.

Sekadar ini sahaja perkongsian mengenai tooth extraction. Kami harap segala maklumat dan info di atas mampu memberi manfaat kepada anda semua. Kami di Artisan Dental sangat berbesar hati untuk menjawab segala persoalan anda.

Kepuasan anda adalah tanggungjawab kami. Sekiranya anda ingin bertanya dengan lebih lanjut, slot tempahan kami sentiasa terbuka.

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.