Cabut Gigi

Cabut Gigi – Prosedur Sebelum, Semasa dan Selepas

Masih ingat lagi bagaimana pengalaman pertama anda cabut gigi? Kalau kami tanya anda, pasti ramai yang akan mengatakan bahawa ia merupakan pengalaman yang amat menyakitkan. Memang kami tidak nafikan bahawa ia mungkin merupakan diantara pengalaman ngeri dalam hidup anda.

Ramai yang tidak tahu, prosedur cabut gigi sebenarnya adalah proses yang sangat teliti dan memerlukan kepakaran yang tinggi. Prosedur ini yang tidak betul mampu memberi kesan buruk terutamanya terhadap saraf anda.

Ada juga kajian mengatakan bahawa, sekiranya prosedur ini tidak dilakukan oleh doktor gigi, ia mampu untuk menyebabkan kehilangan nyawa dan komplikasi lain. Kami bukan ingin menakutkan anda tentang cabut gigi.


Kami sebenarnya lebih kepada ingin menjelaskan dan menekankan kepada anda untuk mendapatkan khidmat cabut gigi atau tooth extraction di klinik pergigian supaya ia lebih terjamin dari sudut keselamatan dan kualiti.

Jom baca perkongsian kami kali ini mengenai cabut gigi.

Prosedur Cabut Gigi

Cabut Gigi

Ia adalah prosedur untuk mengeluarkan atau mencabut gigi yang bermasalah seperti mencabut gigi berlubang atau gigi yang reput. Prosedur untuk gigi yang terimpak selalunya dilakukan secara pembedahan kecil atau turut dikenali sebagai minor oral surgery.

BACA JUGA : Componeer – Tampil Dengan Senyuman Lebih Menawan

Pemeriksaan Gigi

Sebelum anda melalui prosedur ini, anda mestilah terlebih dahulu membuat pemeriksaan gigi bagi mendapatkan khidmat nasihat dan saranan. Melalui pemeriksaan gigi juga, doktor gigi akan memberi info lebih lanjut dan terperinci.

Cabut Gigi

Antara info paling penting yang anda perlukan adalah sama ada anda perlu cabut gigi geraham atau anda perlu cabut gigi geraham atas sahaja. Mungkin boleh jadi gigi-gigi pada bahagian lain juga. Maklumat terperinci ini sangat penting untuk anda tahu sebagai info tambahan mengenai rawatan yang bakal anda alami.

Sejarah perubatan dan alahan juga akan ditanya secara terperinci sebelum menjalani prosedur ini. Pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah (Random Blood Sugar) akan dilakukan jika pesakit mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.

BACA JUGA : Composite Veneer – Semua Yang Anda Perlu Tahu

Semasa Prosedur Cabut Gigi

Doktor gigi anda akan memastikan anda berada dalam keadaan stabil sebelum melaksanakan prosedur ini. Anda akan akan diberi anasthesia pada kawasan yang berkaitan bertujuan untuk menghilangkan rasa sakit semasa prosedur berlangsung.

Anda hanya akan merasakan sedikit tekanan sahaja di kawasan gigi anda semasa prosedur berlangsung. Doktor gigi akan menggunakan alatan yang telah dinyah kuman, bagi memastikan tiada infection apabila selesai prosedur.

Prosedur ini tidak mengambil masa yang lama seperti prosedur-prosedur lain. Walau bagaimanapun, jika terdapatnya ketebalan tulang atau struktur anatomi gigi yang kompleks seperti akar yang melengkung ianya dapat menyukarkan prosedur rawatan. Dengan kepakaran doktor gigi yang tinggi, kami pasti anda akan merasakan ia seperti pemeriksaan gigi yang biasa.

Selepas Prosedur Mencabut Gigi

Selepas selesai dicabut, anda perlu menggigit kain kapas pada kawasan gigi yang dicabut bertujuan untuk memberhentikan aliran darah berterusan. Anda perlu gigit selama 20 hingga 30 minit. Doktor juga akan menasihati anda supaya tidak berkumur dan kerap ludah pada hari tersebut.

Ubat kebas atau anasthesia yang dibekalkan mungkin sudah tidak efektif lagi pada ketika ini, maka doktor gigi akan memberi set ubat tahan sakit sebagai bekalan setelah pulang, supaya dapat meringankan sedikit rasa sakit di bahagian gigi yang dicabut.

Anda perlu berehat dengan cukup dan elakkan daripada melakukan apa-apa aktiviti, supaya proses penyembuhan dapat dilakukan dengan sempurna.

BACA JUGA : Conventional Braces – Jenis, Fungsi dan Harga

Harga Cabut Gigi

Harga cabut gigi di klinik pergigian swasta agak mahal sedikit berbanding klinik pergigian kerajaan. Harga di klinik pergigian swasta sebenarnya masih lagi di tahap yang berpatutan dan mesra pelanggan. 

Antara kelebihan cabut gigi di klinik pergigian swasta, ia boleh dilakukan dengan cepat tanpa perlu menunggu lama seperti di klinik kerajaan.

Di Artisan Dental, anda hanya perlu membuat tempahan secara online melalui laman web kami pada bila-bila masa. Kami akan ubah perpesktif cabut gigi anda kepada pengalaman yang lebih menarik.

Rasanya sudah cukup jelas perkongsian mengenai cabut gigi kali ini. Semoga anda beroleh manfaat daripada perkongsian kali ini. Kami sedia menerima sebarang soalan dan pertanyaan mengenai kesihatan pergigian.

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.