Temujanji Klinik Pergigian

Temujanji Klinik Pergigian – Apa Anda Perlu Tahu

Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda mengenai temujanji klinik pergigian. Sebenarnya, ramai yang masih tertanya-tanya mengenainya. Ada juga yang masih lagi ragu-ragu sama ada boleh datang terus ke klinik pergigian atau perlu membuat temujanji dahulu.

Tujuan utama temujanji dilakukan adalah untuk memastikan klinik pergigian lebih bersedia dengan kehadiran anda di samping dapat menjimatkan masa dan anda tidak perlu menunggu lama di klinik pergigian. 

Temujanji juga perlu dilakukan untuk menurut saranan kerajaan bagi memastikan mana-mana premis tidak menghimpunkan terlalu ramai orang dalam satu masa sesuai dengan apa yang dipraktikkan dalam norma baharu ini.

Tahukah anda temujanji ini boleh dibuat secara online dan offline? Jom, kami kongsikan kepada anda cara-cara membuat temujanji secara online dan offline ini dengan cara yang paling mudah.

Secara Offline

Temujanji secara offline terbahagi kepada beberapa jenis. Temujanji ini juga sering digunakan di klinik pergigian swasta ataupun klinik pergigian kerajaan. Antara jenis temujanji secara offline adalah:

  1. Panggilan telefon
Temujanji Klinik Pergigian

Anda boleh membuat temujanji secara offline dengan hanya membuat panggilan telefon sahaja. Selalunya temujanji secara panggilan telefon ini dilakukan oleh pelanggan tetap di klinik pergigian tersebut. 

Tetapi ada juga klinik pergigian yang memaparkan nombor telefon di hadapan klinik mereka atau di papan kenyataan klinik pergigian mereka. Ini memudahkan orang ramai untuk membuat temujanji secara panggilan telefon.

  1. Kad Temujanji Rawatan Susulan atau Appointment Card

Di klinik pergigian kerajaan, sistem kad temujanji ini masih lagi digunapakai di sesetengah kawasan di luar bandar. Kad temujanji ini adalah salah satu medium temujanji klinik pergigian kerajaan. 

Bagi setiap individu yang mengunjungi klinik pergigian kerajaan, mereka akan diberikan kad temujanji rawatan oleh klinik pergigian tersebut. Kad tersebut mengandungi butiran-butiran rawatan susulan berserta tarikh temujanji rawatan susulan mereka.

Hal ini kerana, tidak semua penduduk luar bandar mempunyai telefon bimbit. Maka, bukti secara fizikal ini digunakan sebagai ingatan dan rujukan untuk setiap temujanji di klinik pergigian atau temujanji di hospital.

Temujanji Klinik Gigi – Online

Majoriti klinik pergigian swasta menggunakan sistem temujanji secara online. Ada juga sesetengah klinik pergigian kerajaan juga menggunakan sistem temujanji secara online tetapi agak terhad.

Temujanji secara online juga merupakan diantara sebab utama ramai orang lebih gemar mendapatkan rawatan pergigian di klinik pergigian swasta. Bagaimana kita ingin tahu klinik pergigian yang menawarkan temujanji secara online?

Mudah sahaja, anda hanya perlu taip klinik pergigian near me di kotak carian Google anda. Hasil carian akan menyenaraikan setiap klinik pergigian yang berdekatan dengan anda dan anda boleh lihat klinik berdekatan yang manakah menawarkan temujanji secara online.

Pilih salah satu klinik pergigian swasta atau kerajaan yang tersenarai dan ia akan terus memaparkan laman web klinik pergigian tersebut. Pasti akan ada di menu yang bertulis BOOK YOUR APPOINTMENT. Klik pada menu tersebut untuk membuat temujanji secara online di klinik pergigian  yang anda pilih tadi.

Sama seperti di Artisan Dental, kami juga mengalakkan anda untuk membuat temujanji secara online di laman web klinik pergigian kami. Ini bagi memudahkan anda untuk membuat temujanji mengikut kesesuaian masa anda. 

Anda tidak lagi perlu mengubah jadual harian anda semata-mata untuk temujanji kerana anda sendiri yang menetapkan masa tersebut. Kami juga akan sentiasa mengingatkan anda mengenai temujanji atau rawatan susulan anda apabila tarikh temujanji anda sudah semakin hampir.

Jelas? Itu sahaja perkongsian kami mengenai temujanji klinik pergigian kali ini. Kami harap anda mendapat banyak manfaat daripada perkongsian ini. Kami juga berbesar hati untuk sentiasa berkongsi info-info menarik mengenai kesihatan pergigian dan hal-hal lain yang berkaitan.

Baca Juga : Klinik Pergigian Swasta – Prosedur, Temujanji, Kepakaran dan Masa

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.