Pada masa sekarang, semakin ramai yang mulai sedar akan kepentingan penjagaan gigi. Sebagai salah sebuah klinik pergigian Padang Serai, kami di Artisan Dental berasa bertanggungjawab untuk membantu penduduk di kawasan berdekatan untuk mendapatkan rawatan pergigian pada kualiti dan harga terbaik.
Kami sendiri berasa kagum kerana ramai sebenarnya di kawasan Padang Serai ini yang mula mencari klinik pergigian Padang Serai bagi mendapatkan rawatan dan penjagaan pergigian.

Selain daripada klinik pergigian Padang Serai, kami juga mendapati mereka yang berada di kawasan sekitar juga sudah mulai aktif dalam mencari klinik pergigian. Hal ini adalah berdasarkan hasil carian di Google dimana pengguna Google juga membuat carian seperti berikut:
- Klinik pergigian Kulim
- Klinik pergigian Seberang Jaya
- Klinik pergigian Kepala Batas
- Klinik pergigian Jitra
- Klinik pergigian Penang
- Klinik pergigian Bukit Mertajam
- Klinik pergigian Bukit Jambul
- Klinik pergigian Perai
- Klinik pergigian Sungai Dua
- Klinik pergigian Pulau Pinang
- Klinik pergigian Butterworth
.
Baca Juga : Klinik Pergigian Near Me
Klinik Pergigian Padang Serai Mula Menjadi Tumpuan

Berdasarkan jumlah carian untuk setiap carian diatas, kami dapat simpulkan bahawa semakin ramai yang ingin berkunjung ke klinik pergigian bagi mendapatkan rawatan atau nasihat pergigian.
Perkara positif ini kami ingin sambut dengan sebaiknya jadi kami di Artisan Dental dengan memberikan beberapa pembaharuan khas untuk anda yang berada di Padang Serai dan kawasan yang berdekatan dengannya.
Perkongsian kali ini khas untuk berkongsi mengenai Artisan Dental cawangan Padang Serai. Jom baca!
Waktu Operasi Klinik Pergigian Padang Serai
Cawangan Artisan Dental di Padang Serai terletak di tengah-tengah pekan Padang Serai. Lokasi klinik pergigian kami ini juga berdekatan dengan Balai Polis Padang Serai serta beberapa lagi lokasi lain.
Jangan risau. Anda boleh Waze je lokasi kami ini. Klinik pergigian Padang Serai Artisan Dental ini beroperasi daripada jam 9 pagi dan tutup pada jam 9 malam. Apa yang menariknya mengenai cawangan kami ini adalah ia dibuka setiap hari.

Tujuannya adalah untuk memudahkan penduduk di kawasan sekitar untuk mendapatkan servis atau rawatan di klinik pergigian kami ini pada bila-bila masa mengikut masa yang sesuai bagi mereka.
Ia juga bertujuan untuk memudahkan pengunjung daripada perlu untuk mengambil cuti semata-mata untuk ke klinik gigi. Dibawah ini juga kami ada sertakan alamat penuh cawangan kami ini di Padang Serai.
ARTISAN DENTAL PADANG SERAI
2020, Lorong Ria 9/7, Taman Ria,
09400, Padang Serai,
Kedah.
Kebanyakan masanya, kami akan cadangkan kepada orang ramai yang ingin berkunjung ke cawangan kami ini untuk menggunakan aplikasi seperti Waze atau klik sahaja pada “Directions” jika anda menggunakan Google.
Jika anda bukanlah berada di Padang Serai namun berada di kawasan sekitar dan Artisan Dental muncul sebagai salah satu hasil carian anda di Google, kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda.
Servis Klinik Pergigian Padang Serai

Servis yang ditawarkan di klinik pergigian Padang Serai kami adalah sama sahaja seperti klinik pergigian cawangan Artisan Dental yang lain. Apa yang penting, kualiti servis dan juga harga untuk setiap rawatan dan servis adalah pada tahap terbaik.
Setiap cawangan kami juga mempunyai pakar yang bertanggungjawab untuk merawat kes-kes yang memerlukan pemantauan pakar. Apa yang menarik adalah, anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan daripada pakar kami.
Sebab itulah sekalipun klinik pergigian kerajaan menawarkan harga yang lebih murah, namun mereka yang mendapatkan servis dan rawatan di klinik pergigian kami memberikan feedback yang sangat positif. Anda juga boleh merasai pengalaman yang sama. Klik link di bawah.
Kami sentiasa ingin berikan yang terbaik tanpa mengira dimana anda berada. Kami akan pastikan anda dapat benar-benar menikmati pengalaman pergigian yang menarik sama seperti apa yang dialami oleh pelanggan kami yang lain.
Jadi, jika anda berada berhampiran dengan klinik pergigian Padang Serai kami ini, jangan lupa untuk datang ke mari. Kami di Artisan Dental akan berikan yang terbaik.
Baca Juga : Klinik Pergigian Kulim