Clear Braces

Clear Braces – Apa Anda Perlu Tahu?

Clear braces merupakan salah satu daripada alternatif rawatan untuk menyelesaikan masalah ortodontik. Masalah yang sama sehingga membuatkan orang ramai mula memakai braces seperti gigi yang tidak tersusun cantik.

Apa yang uniknya adalah, clear braces merupakan braces yang kurang menonjol apabila dipakai  berbanding traditional braces. Orang di sekeliling kita pastinya akan perasan sekiranya anda memakai traditional braces semasa anda senyum mahupun bercakap.

clear braces

Hal ini kerana pengikat yang digunakan membuatkan braces anda sangat menonjol apabila berinteraksi. Mungkin anda tertanya-tanya, ada ke alternatif untuk membuatkan braces anda tampak kurang menonjol.

Jawapannya ada iaitu clear braces.  Anda juga akan menjadi lebih yakin apabila ingin berinteraksi dengan orang lain secara bersemuka. Sebelum itu, jom kami kongsikan dengan dengan anda info penting mengenainya.

Clear Braces – Alternatif Untuk Senyuman Menawan

Ia diperbuat daripada beberapa jenis bahan yang berbeza bergantung kepada syarikat yang membuat dan mengeluarkannya. Kualiti yang dihasilkan juga mungkin berbeza-beza. Sebab itu jugalah anda semua perlu tahu jenis clear braces yang anda inginkan.

Apa yang ingin kami tekankan adalah pentingnya untuk anda mengenali bahan-bahan ini kerana ada beberapa syarikat sanggup untuk menipu pengguna dan mengeluarkan clear braces palsu.

Jenis yang murah kebanyakannya diperbuat daripada bahan-bahan yang termasuk dalam kategori bahan palsu. Tambahan pula, apa yang dihasilkan juga tidak mampu menyelesaikan masalah gigi anda.

Baca Juga : Conventional Braces – Jenis, Fungsi dan Harga

Mungkin anda akan tertarik dengan harga yang murah. Tetapi, harus diingat sekirannya bahan yang digunakan adalah palsu, ia akan memberi kesan sampingan yang buruk kepada gigi anda. Bertambah pula masalah anda nanti.

Disini kami senaraikan  bahan-bahan penting untuk penghasilan clear braces yang baik seperti berikut:

  • Ceramic
  • Plastic
  • Plastic Emulator
  • Porcelain

Haa.. Sekarang mesti anda dah lebih jelas kan dengan bahan apa yang dikategorikan sebagai bahan berkualiti untuk penghasilan braces ini. Anda juga boleh lakukan sedikit kajian mengenai setiap jenis clear braces yang diperbuat daripada bahan-bahan tersebut.

Di Artisan Dental, kami akan memberikan konsultasi profesional dan pemeriksaan terlebih dahulu. Hal ini adalah penting untuk memastikan samada pemakaian braces sesuai atau tidak untuk anda. Apa yang kami boleh jamin adalah, kualiti bahan yang digunakan adalah yang terbaik.

Clear braces Malaysia sudah menjadi tren dan diantara alternatif bagi menyelesaikan masalah pergigian. Kami sendiri tidak nafikan bahawa ramai yang berasa tidak selesa untuk memakai traditional braces kerana ia akan sedikit menjejaskan penampilan.

Namun, dengan kemajuan teknologi seperti apa yang ada sekarang ini, ia bukan lagi masalah untuk anda. Jadi, tiada salahnya juga untuk anda mencubanya. Harganya juga berbeza mengikut jenis, bahan dan kualiti.

Baca Juga : Invisalign – Alternatif Terbaik Untuk Braces

Harga Clear Braces

Clear Braces

Untuk pengetahuan anda, ia juga akan berbeza harganya mengikut klinik pergigian yang menawarkan servis tersebut. Berdasarkan kajian kami, harganya adalah seperti berikut:

  • Invisalign :  RM8,000 – RM 25,000
  • Lingual  :RM20,0000 – RM 25,000
  • Ceramic : RM6,000 – RM 11,000

Harga yang kami kongsikan diatas adalah secara purata sahaja. Namun anda tidak perlu risau kerana di Artisan Dental, kami ada menawarkan servis pada kadar yang berpatutan dan sesuai dengan bajet anda.

Kesimpulan

Rasanya itu sahaja perkongsian kami kali ini mengenai clear braces. Apa yang kami harapkan adalah anda akan mendapat manfaat yang banyak menerusi perkongsian kami kali ini. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, kami sangat mengalu-alukan anda untuk menghubungi kami dengan segera.

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.