Scaling and polishing adalah prosedur pembersihan gigi, melibatkan pembersihan permukaan gigi, gusi atas dan bawah serta kawasan-kawasan yang tidak mampu dicapai apabila anda memberus gigi.
Scaling gigi lebih merujuk kepada membersihkan karang gigi atau plak manakala polishing pula bertujuan untuk membersihkan kotoran kecil yang berada di sekitar permukaan gigi anda.
Kenapa Anda Perlu Melakukan Scaling And Polishing?
Scaling and polishing secara asasnya, bertujuan untuk memastikan tahap kebersihan gigi anda berada dalam keadaan terbaik. Selain itu, ia juga bertujuan menjaga kondisi gigi, gusi dan kesihatan mulut anda bebas daripada jangkitan kuman dan bakteria.
Ia juga mampu untuk mengurangkan risiko anda menghadapi masalah tooth decay. Hal ini kerana, bakteria yang terhasil daripada pembentukan plak akan bercampur dengan makanan apabila anda makan.
BACA JUGA : Conventional Braces – Jenis, Fungsi dan Harga
Gabungan ini akan menyebabkan anda berisiko tinggi untuk menghadapi masalah gigi mereput pada masa hadapan. Ini sangat penting untuk anda tahu supaya gigi anda tidak mereput dengan cepat dan langkah berjaga-jaga boleh diambil.
Seterusnya, ia juga dapat mengelakkan gusi anda daripada terdedah dengan sebarang jangkitan kuman. Radang gusi atau dikenali sebagai gingivitis adalah salah satu masalah gusi yang disebabkan oleh kondisi gusi dan gigi yang tidak bersih.
Prosedur Scaling and Polishing
Doktor gigi anda akan membuat pemeriksaan gigi terlebih dahulu untuk mengambil maklumat-maklumat penting mengenai kondisi gigi anda. Kemudian, doktor gigi akan menggunakan alat-alat utama untuk melakukan prosedur scaling seperti scaler.
Selesai prosedur scaling, polishing gigi akan dilakukan dengan menggunakan “polishing paste” dan berus “rubber cup”. Kadangkala polishing gigi akan dilakukan menggunakan teknik blasting yang mengandungi baking soda powder. Teknik ini dikatakan lebih efektif dan berkesan menurut sesetengah pendapat.
BACA JUGA : Tooth Implant – Selesa Seperti Gigi Asli
Boleh Atau Tidak Polishing di Rumah?
Mungkin anda ada lihat, di Shopee atau laman web jual beli mengenai alatan untuk prosedur ini ada dijual. Kami rasa ramai akan tertarik dengan produk tersebut, dan ada juga cuba membeli.
Tetapi, menurut pandangan doktor gigi, melakukannya sendiri tanpa kendalian doktor gigi adalah sama sekali dilarang. Ini kerana, ia melibatkan bahan-bahan kimia yang perlu dikendali oleh pakar, iaitu doktor gigi.
Ada juga mengatakan, sekiranya mendapat rawatan yang tidak betul, akan menyebabkan berlakunya penipisan enamel dan gigi sensitif. Saranan doktor gigi adalah, dengan menggalakkan masyarakat memberus gigi dengan baik.
Memberus gigi menggunakan ubat gigi, adalah salah satu teknik mudah untuk anda kekalkan gusi yang sihat. Pastikan anda memberus gigi dengan sempurna dan mengikut cara yang sepatutnya. Serahkan tugas untuk melakukan rawatan ini kepada doktor gigi anda.
Berapa Kerap Perlu Anda Buat Rawatan Ini?
Secara purata, anda dinasihatkan untuk membuat rawatan ini setiap 6 bulan. Jika anda mengalami masalah gusi, doktor mungkin akan menasihati anda untuk buat rawatan ini setiap 3-4 bulan.
BACA JUGA : Teeth Whitening – Rawatan Pemutihan Gigi
Harga Scaling And Polishing
Ini antara pertanyaan yang sering ditanya di kaunter setiap klinik pergigian. Sebenarnya, scaling and polishing adalah dua rawatan bergabung. Rawatan dimulakan dengan prosedur scaling dan diakhiri dengan prosedur polishing.
Kos scaling and polishing ini bergantung kepada klinik pergigian. Secara purata, harga bagi rawatan scaling and polishing adalah dalam lingkungan RM 60 hingga RM200 sahaja.
Ia tidaklah terlalu mahal dan kami jamin anda berpuas hati setelah semuanya anda selesai. Kami di Artisan Dental juga ada menawarkan rawatan ini.
Ramai yang sangat berpuas hati dan memberi respon positif setelah mendapatkan rawatan ini dengan kami. Ada juga bertambah menawan senyuman mereka.
Rasanya kami sudah jelaskan dengan cukup terperinci mengenai scaling and polishing. Sekiranya ada persoalan yang ingin diajukan, kami di Artisan Dental berbesar hati untuk menjawab semuanya. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda semua.