Rawatan gigi pada masa kini, sudah lagi tidak asing untuk orang ramai termasuklah rakyat Malaysia. Antara rawatan yang sering dilakukan oleh orang ramai adalah scaling gigi. Namun, ramai juga yang masih tertanya-tanya mengenai harga scaling gigi yang ditawarkan.
Hal ini kerana carian mengenai harga servis ini adalah diantara carian yang dicari di Google. Antara senarai carian di Google mengenai harga servis ini adalah seperti berikut:
- Harga scaling gigi
- Scaling gigi murah
- Scaling gigi harga
- Harga scaling gigi klinik kerajaan
- Harga scaling gigi klinik swasta
Melalui carian ini, ia menunjukkan ramai yang berminat untuk mendapatkan rawatan scaling gigi ini sebenarnya. Tapi, anda dah benar-benar faham atau tidak mengenai apa sebenarnya yang ditawarkan didalam servis ini?
Jom baca perkongsian kami kali ini berkenaan scaling gigi dan harganya yang ditulis khas untuk anda oleh Artisan Dental.
Maksud Scaling Gigi
Scaling gigi bertujuan untuk membersihkan kawasan-kawasan dan permukaan gigi anda daripada pengumpulan plak dan karang gigi. Pengumpulan plak dan karang gigi yang tidak terkawal dan banyak, akan menyebabkan komplikasi lain.
Jadi, antara alternatif untuk membersihkan gigi anda secara total adalah dengan mendapatkan perkhidmatan scaling gigi di klinik pergigian yang berhampiran. Rawatan ini amat digalakkan menurut doktor gigi, dan perlu dijadikan rawatan tahunan atau lebih baik setiap 6 bulan oleh anda.
BACA JUGA : Teeth Whitening – Rawatan Pemutihan Gigi
Scaling Gigi, Mahal Ke?
Scaling gigi ini ditawarkan di setiap klinik pergigian sama ada di klinik pergigian swasta mahupun kerajaan. Tetapi, ramai sebenarnya yang lebih memilih untuk mendapatkan rawatan scaling gigi ini di klinik pergigian swasta.
Hal ini kerana, di klinik pergigian swasta anda hanya perlu pilih sahaja tarikh yang anda inginkan bagi temujanji scaling gigi anda. Tambahan pula, majoriti klinik pergigian swasta sekarang ini, sudah mula mengaplikasikan temujanji secara online sahaja.
Ini berbeza dengan proses temujanji di klinik kerajaan, di mana proses temujanjinya juga agak sedikit rumit disebabkan scaling gigi ini adalah rawatan pembersihan ringan sahaja. Belum dikira dengan lagi samada tarikh yang anda pilih tersebut sudah penuh atau tidak.
Pastinya, di klinik pergigian kerajaan lebih mengutamakan kepada pesakit-pesakit yang mempunyai kes-kes dan masalah pergigian yang lebih kronik dan rumit. Tetapi, kalau nasib anda baik, temujanji anda mungkin akan diproses dengan cepat.
BACA JUGA : Tooth Implant – Selesa Seperti Gigi Asli
Harga Scaling Gigi – Kerajaan VS Swasta
Dari sudut perbezaan harga pula, kos scaling gigi klinik swasta mungkin agak sedikit mahal berbanding scaling gigi di klinik kerajaan. Anda perlu faham, klinik kerajaan mendapat peruntukan penuh dan bantuan kewangan daripada pihak kerajaan.
Harga di klinik swasta pula ditetapkan oleh klinik pergigian itu sendiri disebabkan ia beroperasi secara persendirian. Harga di klinik pergigian swasta juga masih di bawah lingkungan mampu milik dan berpatutan.
Secara purata, harga di klinik swasta adalah sekitar RM 60 hingga RM 200, manakala di klinik kerajaan, perkhidmatan scaling gigi ini serendah RM 2 sahaja.
BACA JUGA : Composite Veneer – Semua Yang Anda Perlu Tahu
Lokasi untuk anda melakukan scaling ini bergantung kepada keselesaan anda sebenarnya. Anda berhak memilih di manakah tempat yang anda selesa untuk mendapatkan rawatan scaling gigi ini.
Kami di Artisan Dental juga turut menawarkan servis scaling gigi sebagai salah satu daripada servis kami. Harga yang kami tawarkan adalah pada harga mampu milik dan ramai juga sebenarnya yang berpuas hati setelah mendapatkan rawatan scaling gigi dengan kami.
Itu sahaja perkongsian kali ini, demi menjawab persoalan anda mengenai harga scaling gigi. Sekiranya anda ingin bertanya dengan lebih lanjut mengenai servis scaling gigi atau rawatan gigi yang lain, anda hanya perlu hubungi sahaja kami. Kami sedia menjawab segala pertanyaan anda.