Anda pernah ada pengalaman cabut gigi geraham berlubang? Bagi yang pernah melalui pengalaman cabut gigi atau cabut gigi geraham ini mesti seringkali dihujani dengan pertanyaan samada menyakitkan atau tidak, berapa banyak darah keluar, kena bius ke dan sebagainya daripada rakan dan juga keluarga.
Bukan apa. Ramai sebenarnya yang berasa risau akan prosedur yang terlibat dalam proses cabut gigi ini. Sebab itulah pengalaman seperti pengalaman cabut gigi geraham berlubang ini perlu untuk diketahui.
Sebab itulah perkongsian kali ini kami akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai cabut gigi geraham. Diharapkan perkongsian kali ini dapat mengubah perspektif negatif mengenai pengalaman cabut gigi geraham berlubang.
Cabut gigi geraham ini adalah salah satu servis yang ditawarkan di setiap klinik pergigian. Bergantung kepada masalah yang anda hadapi. Antara kategori cabut gigi geraham adalah seperti berikut:
- Cabut gigi geraham
- Cabut gigi geraham atas
- Cabut gigi geraham bawah
- Cabut gigi berlubang
- Cabut gigi geraham berlubang
.
Kali ini kami akan terangkan dengan lebih lanjut mengenai masalah gigi geraham yang berlubang. Anda juga pasti tidak asing lagi dengan masalah gigi berlubang ini. Bagi yang pernah mengalami, pasti tahu betapa sakitnya keadaan tersebut jika tidak dirawat dengan segera.
Punca Gigi Geraham Berlubang

Gigi berlubang atau gigi geraham berlubang adalah disebabkan oleh pembentukan plak yang serius pada gigi. Plak adalah gabungan di antara bakteria, air liur, asid dan serpihan makanan.
Pada mulanya, lubang yang dihasilkan oleh plak ini bersaiz kecil. Namun lama-kelamaan, ia akan menjadi besar kesan daripada penjagaan gigi yang tidak betul dan rapi. Apabila lubang pada gigi menjadi besar, anda akan mula merasa sakit pada bahagian gusi dan gigi tersebut.
Pengalaman cabut gigi geraham berlubang, apabila ditanya kepada pesakit, mereka merasakan hanya dengan cabut gigi geraham berlubang mampu untuk menjadi alternatif yang terbaik bagi menghilangkan rasa sakit tersebut pada kadar segera.
BACA JUGA : Teeth Whitening – Rawatan Pemutihan Gigi
Prosedur Cabut Gigi Geraham Berlubang

Prosedurnya mudah sahaja. Anda perlu dapatkan perkhidmatan doktor gigi di klinik pergigian berhampiran sahaja. Doktor gigi anda akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu.
Prosedur cabut gigi geraham berlubang ini sama sahaja seperti cabut gigi biasa. Doktor gigi akan memberikan ubat kebas yang secukupnya supaya anda tidak merasa sakit semasa prosedur dilaksanakan, dan diteruskan dengan proses mengeluarkan gigi geraham yang berlubang.
Sekejap sahaja. Selesai mengeluarkan gigi geraham yang berlubang, doktor gigi akan meletakkan kapas yang tebal di tempat gigi anda dicabut dan anda perlu mengigit kapas tersebut selama 20-30 minit, untuk mengawal pendarahan.
BACA JUGA : Tooth Implant – Selesa Seperti Gigi Asli
Apa Terjadi Selepas Cabut Gigi?

Keadaan gusi selepas cabut gigi adalah gusi akan membengkak buat sementara waktu. Ia hanya bengkak ringan sahaja, dan anda boleh menuam ais di permukaan luar mulut anda bagi mengurangkan bengkak tersebut.
Untuk menjawab soalan mengenai berapa lama gusi sembuh setelah cabut gigi, ia sedikit sukar kerana tempoh sembuh cabut gigi ini berbeza-beza bagi setiap individu. Secara purata, ia akan mengambil masa selama 3 hingga 5 hari selepas prosedur dilaksanakan.
Faktor pemakanan juga memainkan peranan penting dalam memastikan gusi anda sembuh sepenuhnya. Makanan selepas cabut gigi yang disarankan adalah dengan minum air pada kuantiti yang mencukupi dan makan makanan yang lembut.
Ada yang mengatakan kesan cabut gigi geraham bawah ini berbeza dengan cabut gigi geraham berlubang. Sebenarnya ia sama sahaja dari segi prosedur dan proses yang terlibat.
BACA JUGA : Klinik Pergigian Swasta – Prosedur, Temujanji, Kepakaran dan Masa

Sekiranya anda masih mempunyai keraguan, anda boleh sahaja terus menghubungi kami di Artisan Dental. Kami akan bantu anda untuk menjawab segala persoalan yang anda ada. Kami juga ada menawarkan rawatan cabut gigi geraham berlubang dan sebagainya.
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Kami harap ia dapat mengubah perspektif anda mengenai pengalaman cabut gigi geraham berlubang yang anda dengar daripada rakan-rakan.
Kami di Artisan Dental berbesar hati untuk menjadikan pengalaman cabut gigi geraham berlubang anda adalah pengalaman yang lebih berbeza daripada orang lain.