Myobraces

Myobraces – Kelebihan, Fungsi dan Harga

Myobraces adalah satu rawatan ortodontik berkonsepkan latihan dalam memastikan gigi kekal yang tumbuh berada pada posisi yang betul. Selain itu, ia dapat membantu dalam memberi latihan kepada individu tentang penjagaan oral gigi yang betul.

Rawatan ini sangat sesuai bagi kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 3 hingga 15 tahun. Berdasarkan myobrace reviews, kanak-kanak sangat digalakkan menjalani rawatan ini kerana ia dapat mengurangkan risiko pemakaian braces dan teeth aligner apabila meningkat dewasa.

Selain daripada kanak-kanak, rawatan ini juga turut membantu individu yang berumur 15 tahun dan ke atas. Namun begitu, rawatan dan jenis myobraces yang digunakan sedikit berbeza berbanding myobraces kanak-kanak.

Pemakaiannya adalah sangat mudah, kerana ia hanya perlu dipakai selama 1 hingga 2 jam sahaja sehari. Ia juga digalakkan untuk dipakai semasa tidur supaya dapat mengurangkan pergerakan lidah dan rahang.

Kelebihan Rawatan Ini

Myobraces

Antara kelebihan dan manfaat rawatan ini adalah seperti berikut;

  • Melatih penjagaan oral yang lebih baik
  • Membantu pembentukan rahang bagi kanak-kanak
  • Menyusun kembali susunan dan posisi gigi

Berdasarkan myobraces reviews yang diperoleh dari internet dan blog-blog perubatan pergigian, rawatan ini bukan sahaja memastikan kesihatan oral anda menjadi lebih sihat malah pemakaiannya juga dapat melatih gigi, lidah dan rahang anda ketika makan. 

Pelik bukan? Tetapi anda pasti dapat melihat logik keadaan ini ketika anda sedang makan, myobraces akan mengawal pergerakan rahang terutamanya agar sentiasa berada di posisi yang betul. Jom kami terangkan dengan lebih terperinci bagaimana myobrace Malaysia berfungsi.

Baca Juga : Clear Braces – Apa Anda Perlu Tahu?

Cara Myobraces Berfungsi

Rawatan myobraces terbahagi kepada 4 peringkat utama iaitu;

  1. Penambahbaikan habit

Peringkat pertama ini, pesakit akan diajar untuk lebih mengutamakan pernafasan melalui hidung berbanding mulut. Anda perlu sentiasa mengawal pergerakan lidah supaya sentiasa berada di posisi rehat, menelan dengan cara yang betul dan memastikan bibir sentiasa tertutup apabila tidak berkomunikasi.

Rawatan pada peringkat ini dapat mengurangkan risiko kanak-kanak terutamanya, dari memakai pendakap gigi apabila mereka meningkat dewasa. Latihan ini membantu dalam proses pembentukan rahang kanak-kanak di posisi yang betul.

  1. Arch Development

Arch development akan membantu percepatkan proses rawatan dengan cara memberi ruang yang lebih besar kepada lidah dan gigi pada rahang atas. Kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas sangat digalakkan untuk memakai arch ini.

  1. Dental Alignment

Pada peringkat ini, pemakaian myobraces mengikut saranan doktor adalah sangat penting kerana pada peringkat ini, rawatan akan lebih tertumpu kepada penyusunan semula posisi gigi anda di tempat yang betul.

Myobraces mestilah dipakai pada setiap hari termasuklah semasa anda sedang tidur. Setiap pesakit amat digalakkan untuk mengikut tempoh masa dan saranan doktor pergigian agar proses menyusun struktur gigi anda berjalan dengan lancar.

  1. Retention

Retention adalah proses akhir bagi rawatan ini yang bertujuan untuk memastikan pesakit sentiasa mengamalkan penjagaan oral yang betul. Menurut myobrace review juga, penjagaan oral yang baik dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan pergigian anda.

Baca Juga : Self Ligating Braces – Untuk Gigi Cantik & Tersusun

Harga Myobraces

Myobraces

Harga rawatan myobraces ini berbeza-beza mengikut klinik pergigian yang anda kunjungi. Jangan risau, caj bagi rawatan myobraces di Malaysia secara purata masih lagi dalam lingkungan harga mampu milik dan berpatutan.

Kami di Artisan Dental juga turut menawarkan rawatan myobraces untuk kanak-kanak di klinik pergigian kami. Kami ingin memastikan bahawa setiap ibubapa dan kanak-kanak tahu tentang kepentingan dan cara penjagaan oral yang baik.

Itu sahaja perkongsian kami untuk kali ini mengenai myobraces. Kami harap ibu dan bapa di luar sana yang masih tertanya-tanya mengenai myobraces dapat memperoleh manfaat hasil daripada perkongsian kali ini. Anda boleh book appointment dengan klik button di bawah.

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.