Harga pendakap gigi adalah berbeza mengikut jenis pendakap gigi dan klinik pergigian yang menawarkan servis tersebut. Pendakap gigi kerajaan dan swasta juga berbeza bergantung kepada jenis pendakap gigi yang ditawarkan.
Memang tidak dinafikan bahawa sekarang ini pemakaian pendakap gigi tidak lagi merupakan suatu perkara yang asing. Hal ini kerana ia pendakap gigi terbukti mampu untuk membantu dalam mencantikkan struktur dan susunan gigi.
Ramai yang mengalami masalah struktur dan susunan gigi. Hal ini membawa kepada masalah keyakinan diri terutamanya ketika berkomunikasi. Jadi, pemakaian pendakap gigi merupakan salah satu daripada alternatif terbaik.
Baca Juga : Jenis Pendakap Gigi – Apa Anda Perlu Tahu?
Harga Pendakap Gigi

Harga pendakap gigi akan menjadi faktor terpenting samada individu tersebut akan mendapatkan servis berkenaan atau tidak. Namun, ramai yang terlalu mencari harga yang murah tanpa mengetahui jenis pendakap gigi yang bakal digunakan.
Selain itu, ramai juga yang terpengaruh dengan jualan pendakap gigi secara atas talian dimana harga pendakap gigi disana adalah jauh lebih murah. Apa yang lebih membimbangkan adalah ia merupakan jenis yang dikatakan boleh dipakai sendiri.
Ada sebabnya kenapa doktor gigi perlu melalui pendidikan formal dan latihan sebelum layak untuk menjadi seorang doktor gigi. Namun, masih ramai yang terpengaruh kerana inginkan harga yang murah.
Besar kemungkinan bahawa pendakap gigi yang dijual tersebut adalah pendakap gigi palsu. Tindakan ini sebenarnya sangat merbahaya kerana ia boleh merosakkan gigi dan menjejaskan kesihatan gigi anda.
Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan kenapa harga pendakap gigi yang ditawarkan di klinik pergigian adalah berbeza.
Baca Juga : Conventional Braces – Jenis, Fungsi dan Harga
Pendakap Gigi Klinik Kerajaan Murah?

Kami sendiri pun tak dapat nafikan bahawa harga pendakap gigi klinik kerajaan adalah lebih murah berbanding dengan harga yang ditawarkan di klinik pergigian swasta. Sekalipun harga yang ditawarkan di klinik pergigian swasta lebih mahal, namun ramai yang memilih untuk mendapatkan servis disini.
Hal ini kerana ada beberapa faktor yang menjadikan klinik pergigian swasta lebih digemari. Antaranya adalah:
- Proses booking temujanji yang lebih mudah
- Tempoh menunggu temujanji tidak lama
- Servis yang berkualiti
- Layanan mesra
- Suasana yang menenangkan
Dibawah ini kami akan kongsikan dengan anda dua jenis pendakap gigi dan harga pendakap gigi bagi jenis pendakap gigi yang mendapat sambutan yang tinggi daripada masyarakat di Malaysia.
1. Pendakap Gigi Besi

Pendakap gigi besi atau lebih dikenali sebagai pendakap gigi tradisional merupakan pendakap yang biasanya menjadi pilihan orang ramai. Jenis ini sesuai untuk dipakai oleh kanak-kanak dan juga dewasa.
Harganya adalah dalam lingkungan RM4000 ke RM5000. Biasanya ia termasuk dengan rawatan susulan dan juga x-ray. Namun, ada sesetengah klinik tidak menawarkan servis x-ray di klinik pergigian mereka.
Jadi, anda perlu meneliti terlebih dahulu apa yang ada didalam servis yang ditawarkan.
2. Pendakap Gigi Plastik

Pendakap gigi plastik merupakan pendakap gigi yang menggunakan teknologi 3D untuk menghasilkan pendakap gigi khas berdasarkan susunan gigi anda. Proses ini akan dilakukan setelah doktor gigi selesai membuat pemeriksaan gigi.
Kemudian, setelah gambaran susunan gigi anda diperoleh, mudahlah untuk doktor gigi menghasilkan pendakap gigi khas tersebut. Kelebihannya adalah ia mudah untuk dipakai dan ditanggalkan sekiranya anda ingin memberus gigi atau flos.
Ia juga mempunyai ciri lutsinar sama seperti clear aligner dan juga invisalign. Harga untuk pendakap gigi jenis ini adalah lebih mahal dan boleh mencecah sehingga RM25000 bergantung kepada kondisi gigi anda.
Sebenarnya, anda perlu buang persepsi bahawa harga-harga yang dinyatakan ini adalah terlalu mahal dan sebagainya. Hal ini kerana setiap servis yang melibatkan kesihatan termasuklah kesihatan pergigian bukanlah sesuatu yang murah.
Namun, ia masih termasuk dalam kategori mampu milik. Selain itu, kebanyakan servis ini turut menawarkan pakej bayaran ansuran. Jadi, ia sedikit sebanyak akan mengurangkan bebanan kewangan anda.

Di Artisan Dental, kami sentiasa bersikap telus dengan pelanggan kami dimana kami akan menyenaraikan segala prosedur yang terlibat didalam pakej yang kami tawarkan dan harga untuk setiap prosedur tersebut.
Hal ini bagi mengelakkan berlakunya salah faham diantara kami dan pelanggan. Sekian sahaja perkongsian kami kali ini mengenai harga pendakap gigi. Semoga perkongsian ini memberikan banyak manfaat buat anda. Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga.