Sekarang ini, ramai sebenarnya yang mempunyai kesedaran akan kepentingan penjagaan kesihatan mulut, gigi dan gusi. Sebab itu jugalah semakin ramai yang mulai berkunjung ke klinik pergigian samada klinik pergigian swasta atau klinik pergigian kerajaan untuk mendapatkan khidmat konsultasi dan rawatan.
Kesihatan mulut, gigi dan gusi jika diabaikan akan memberikan banyak masalah di kemudian hari. Apa yang paling merisaukan adalah, masalah mulut berbau dan juga kerosakan gigi.

Ada juga yang terpaksa melalui hidup mereka dengan menghadap masalah gigi atau gusi sensitif, tidak dapat makan sesetengah jenis makanan dan lain-lain lagi. Tak best kan hidup macam tu?
Jadi, adalah penting untuk anda mengambil langkah asas penjagaan kesihatan mulut dan mendapatkan perkhidmatan daripada klinik pergigian swasta mahupun klinik pergigian kerajaan.
Namun, dalam perkongsian kali ini, kami akan fokus pada prosedur, temujanji, kepakaran dan juga masa di klinik pergigian swasta sahaja. Jom baca!
Prosedur di Klinik Pergigian Swasta

Dari segi prosedur, klinik pergigian swasta dan klinik pergigian kerajaan adalah sama dimana kedua-duanya perlu untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum anda masuk berjumpa dengan doktor. Namun, anda digalakkan untuk booking slot temujanji anda terlebih dahulu bagi mengelakkan anda datang pada hari dimana slot temujanji telah penuh dan terpaksa menunggu sedikit lama.
Dari segi sistem, kami di Artisan Dental akan memastikan urusan booking anda ini menjadi sangat mudah dengan memberi respons dalam kadar segera untuk memaklumkan samada booking anda diterima atau anda perlu mengubah tarikh. Kami juga akan menghubungi anda untuk ‘remind’ sehari sebelum tarikh temujanji anda.

Kami menyediakan beberapa medium pilihan untuk anda menghubungi kami samada menerusi WhatsApp, panggilan telefon atau email bagi memastikan maklumat sampai dalam kadar segera.
.
Apa Perlu Dibawa Semasa Pendaftaran Klinik Pergigian Swasta?

Anda perlu membawa kad pengenalan bagi warganegara dan juga passport bagi bukan warganegara untuk tujuan pendaftaran di klinik pergigian swasta. Prosedur yang sama juga perlu dilakukan sewaktu pendaftaran di klinik pergigian kerajaan.
Untuk anda yang pertama kali membuat pemeriksaan gigi selepas satu tempoh yang lama (mungkin kali terakhir ketika di sekolah), anda boleh mendapatkan khidmat konsultasi dan pemeriksaan secara umum terlebih dahulu di Artisan Dental.
Jangan risau. Maklumkan sahaja kepada kami, kami akan bantu anda dengan memberikan apa yang anda perlu tahu dan lakukan.
Tempoh Temujanji Klinik Pergigian Swasta
Tujuan kenapa ramai yang memilih untuk ke klinik pergigian swasta adalah kerana tempoh untuk menanti temujanji (waiting list) yang lebih cepat berbanding klinik pergigian kerajaan. Ada kemungkinan akan ada tempoh menunggu temujanji, namun tidak selama seperti di klinik pergigian kerajaan.
Anda juga boleh memilih sendiri tarikh dan masa temujanji yang anda inginkan jika slot tersebut masih kosong. Tambahan pula, masa menunggu untuk mendapatkan rawatan juga lebih cepat di klinik swasta berbanding klinik kerajaan.
Kepakaran Kami

Tidak banyak sebenarnya klinik gigi swasta yang mempunyai doktor pakar. Tetapi di Artisan Dental, klinik kami mempunyai doktor pakar untuk perkhidmatan konsultasi dan rawatan masalah pergigian yang kompleks seperti pembedahan kecil gigi bongsu dan pemasangan implant.
Tempoh untuk mendapatkan temujanji dengan pakar pula lebih cepat di sini jika dibandingkan dengan klinik pergigian kerajaan.
Masa Operasi
Kebanyakan klinik gigi swasta dibuka setiap hari sekaligus menjadikan ia lebih mudah untuk dikunjungi oleh mereka yang terikat dengan waktu bekerja pada hari biasa untuk mendapatkan rawatan tanpa perlu untuk mengambil cuti.
Ditambah pula dengan keadaan dan suasana di klinik yang sangat menenangkan, urusan pergigian anda pada hujung minggu juga akan kekal tenang dan ceria.
Rasanya itu sahaja yang anda perlu tahu mengenai klinik pergigian swasta dan juga Artisan Dental. Kalau anda search “klinik pergigian near me” di Google dan kami ada dalam senarai, jemput datang ke klinik kami. Kami akan berikan servis yang terbaik pada harga mampu milik untuk anda.