Retainer Braces

Retainer Braces – Apa Anda Perlu Tahu?

Fungsi retainer gigi atau retainer braces adalah untuk memastikan gigi anda tidak bergerak dan sentiasa berada dalam posisi yang sama selepas selesai tempoh pemakaian braces. 

Jika anda tanyakan berapa lama tempoh pemakaian retainer braces ini secara spesifik, ia hanya boleh dijawab oleh doktor gigi yang merawat anda sahaja. Namun, secara umumnya, pemakaian ini memerlukan tempoh sekitar 4 ke 6 bulan.

Tujuannya adalah untuk memastikan gigi anda kekal berada di dalam posisi yang sepatutnya. Semasa anda memakainya, ia akan menghalang gigi anda daripada bergerak kembali ke posisi asal yang bermasalah.

Pergerakan ini dinamakan sebagai relapse. Ia termasuk dalam salah satu kategori pengalaman yang tidak enak untuk diingati sepanjang pemakaiannya. Anda akan mulai berasa tidak selesa dan mulai hilang selera makan apabila keadaan ini berlaku.

Baca Juga : Retainer Gigi – Apa Anda Perlu Tahu

Jenis-Jenis Retainer Braces

Retainer ini terbahagi kepada dua kategori iaitu retainer yang boleh dicabut (removable retainer) dan retainer kekal (permanent retainer). Kami ada kongsikan kelebihan setiap jenis seperti dibawah:

1. Removable Retainer Braces

Retainer Braces

Antara jenis removable retainer yang ditawarkan di klinik pergigian adalah seperti Hawley retainer (retainer besi) dan clear plastic retainers (retainer plastik). Untuk pengetahuan anda, retainer plastik sering menjadi pilihan remaja terutamanya kerana ia  memiliki tona warna yang lutsinar dan tidak menonjol.

Kelebihan removable retainer 

  • Senang dicabut apabila anda ingin makan, berus gigi dan floss gigi
  • Senang ditemui di klinik pergigian.

.

Kekurangan removable retainer

  • Mudah hilang apabila anda cabut sebab warnanya yang transparent
  • Mudah rosak apabila sering terdedah
  • Mudah untuk dijangkiti kuman pada retainer braces jika dibiarkan terdedah

.

Apabila anda memilih untuk memakai retainer jenis ini, kebarangkalian untuk anda kerap mengalami masalah relapse adalah tinggi. Ini kerana, relapse akan berlaku apabila anda sering mencabut retainer anda.

2. Permanent Retainer

Permanent retainer atau retainer kekal, berfungsi dengan menggunakan wayar lengkung mengikut lengkungan gigi anda selepas pemakaian braces. Wayar lengkung ini akan diikat di permukaan depan gigi anda supaya tidak dapat bergerak.

Kelebihan permanent retainer

  • Tahan lasak dan tidak mudah rosak
  • Tidak mudah hilang kerana sentiasa berada di permukaan gigi anda
  • Tidak mengganggu pertuturan dan komunikasi anda

.

Kelemahan permanent retainer

  • Menyebabkan ketidakselesaan
  • Wayar lengkung mungkin mengehadkan pergerakan lidah anda.

.

Salah satu kelebihan yang akan diperoleh apabila memakai permanent retainer adalah mengelakkan relapse daripada kerap berlaku. Ini dapat memastikan progress gigi anda untuk sentiasa berada di posisi yang betul berjalan dengan lancar.

Soalan Berkaitan Retainer Braces

Antara soalan yang kerap kami terima adalah bolehkah memakai retainer tanpa memakai braces? Doktor gigi dan pakar pergigian kami ada jawapannya untuk anda. Pakar pergigian yang lain juga bersetuju dengan kami bahawa retainer braces hanya boleh dipakai selepas anda selesai mendapatkan servis braces gigi anda.

Jangan risau jika anda mempunyai persoalan-persoalan lain lagi. Kami di Artisan Dental bersedia untuk menjawab sebarang persoalan anda pada bila-bila masa sahaja. Anda boleh tetapkan janji temu dengan pakar pergigian kami di lokasi berhampiran anda.

Harga Retainer Braces

Ramai sebenarnya yang mencari-cari berkenaan retainer braces ini terutamanya harga retainer braces. Sebagai contoh, carian untuk “retainer price Malaysia” mencatatkan jumlah carian yang agak tinggi.

Namun, berdasarkan carian tersebut, anda pastinya dapat membuat kesimpulan bahawa harga retainer gigi adalah berbeza untuk setiap klinik pergigian. Carian lain berkenaan retainer adalah:

  • Retainer gigi harga
  • Jenis retainer gigi
  • Harga retainer gigi

.

Ia juga turut ditawarkan di klinik pergigian kerajaan. Namun, sekalipun harganya lebih murah berbanding klinik pergigian swasta, masih ramai yang memilih untuk mendapatkan servis ini di klinik pergigian swasta.

Hal ini kerana caj dan harga di klinik swasta adalah setimpal dengan kualiti yang diberikan. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan mendapatkan rawatan atau servis di klinik pergigian swasta.

Ia juga setimpal dan ada banyak pelan bayaran ansuran yang memudahkan. Namun, masih ramai juga yang terpedaya dengan apa yang dijual secara atas talian. Mereka hanya mencari yang terlampau murah tanpa memikirkan risiko yang bakal mereka terima.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini mengenai retainer braces. Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Oh. Jangan lupa juga untuk klik button di bawah untuk appointment.

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.