Composite Veneer

Composite Veneer – Semua Yang Anda Perlu Tahu

Ramai yang rasa tidak yakin dengan senyuman mereka disebabkan gigi depan yang tidak menawan. Sebagai doktor gigi, kami sarankan composite veneer atau porcelain veneer sebagai pilihan terbaik untuk anda tampil lebih yakin dengan senyuman menawan.

Composite Veneer

Veneer merupakan sebuah lapisan yang dilekatkan pada bahagian depan gigi anda untuk menjadikan ia kelihatan lebih cantik. Ia merupakan salah satu daripada kaedah untuk membantu anda mendapatkan gigi yang lebih cantik.

Pilihan lain selain veneer adalah:

  • Crown
  • Tooth bonding ( resin infiltration )
  • Enameloplasty ( microabrasion )

Composite Veneer VS Porcelain Veneer

Terdapat dua jenis veneer yang akan dicadangkan oleh doktor gigi anda. Begitu juga dengan kami di Artisan Dental. Kedua-dua jenis veneer ini adalah:

  • Composite veneer
  • Porcelain veneer

.

a. Composite Veneer

Ia merupakan veneer yang dihasilkan daripada resin atau bahan tampalan yang dibentuk mengikut struktur dan warna gigi yang seakan sama gigi asal. Bahan yang sama juga digunakan jika anda menjalani rawatan tooth bonding.

b. Porcelain Veneer

Seperti mana namanya, porcelain veneer merupakan veneer yang dihasilkan khas daripada material porcelain di makmal untuk dilekatkan pada gigi anda. Porcelain veneer tampil lebih natural dan lebih tahan lama berbanding composite veneer

Mungkin anda tertanya-tanya jenis mana yang paling sesuai untuk anda jika anda ingin dapatkan servis ini. Jangan risau. Kami sedia untuk membantu anda. Apa yang anda perlu tahu adalah, doktor gigi akan menilai dahulu masalah dan situasi gigi anda dan juga bajet anda.

Jika anda ingin terus untuk menetapkan temujanji dengan kami, anda boleh klik button dibawah.

Siapa Yang Sesuai?

Sebelum anda memilih untuk memakai samada composite veneer atau porcelain veneer, anda perlu tahu bahawa kaedah ini adalah hanya bertujuan untuk menutup sebarang kerosakan yang ada pada gigi sahaja.

Antara kerosakan yang berlaku adalah: 

  • Gigi yang tidak sekata
  • Bengkok
  • Terlebih tajam
  • Patah sedikit
  • Kotor
  • Warna yang tidak sekata 

.

Jika berlakunya kes dimana lebih separuh gigi sudah banyak terhakis  sekaligus menjejaskan penampilan gigi anda, veneer tidak sesuai untuk mengatasi masalah anda kerana veneer hanya akan menutup sebahagian sahaja daripada gigi anda. Kami akan menyarankan crown untuk keadaan gigi yang kehilangan struktur gigi yang lebih teruk.

Crown lebih tebal dan akan menutupi keseluruhan gigi anda. Untuk pemasangan crown juga anda memerlukan proses pemotongan sebahagian gigi yang dimana proses ini tidak dilakukan ketika pembuatan composite veneer atau porcelain veneer.

Jika gigi anda dalam keadaan yang masih elok dan anda hanya ingin menjadikan ia kelihatan lebih cantik, veneer adalah pilihan yang lebih sesuai.

Jenis Composite Veneer

Untuk composite veneer, terdapat dua jenis veneer yang akan dicadangkan oleh doktor gigi anda bergantung kepada beberapa faktor. Antara jenis composite veneer yang ada:

1. Direct Composite Veneer

Ia merupakan direct veneer yang dihasilkan daripada bahan composite resin yang akan dilekatkan terus pada gigi anda pada satu hari sahaja. Masa prosedur lebih singkat dan dapat dibuat dalam satu lawatan sahaja. Jika gigi anda tidak ada banyak masalah, tidak banyak yang perlu dilakukan oleh doktor gigi terhadap gigi anda. 

2. Indirect Composite Veneer

Perbezaan utama diantara direct dan indirect ini adalah perbezaan pada pembuatan untuk melekatkan veneer tersebut sahaja. Tiada perbezaan pada bahan yang akan digunakan.

Bagi jenis direct, gigi anda akan terus disediakan untuk mengikut veneer. Manakala bagi indirect pula, indirect veneer akan dihasilkan khas samada di klinik pergigian tersebut atau di makmal pergigian.

Untuk indirect veneers, anda akan menerima “veneer sementara” sambil menunggu indirect veneer anda siap di makmal. Selepas indirect veneer anda siap, ia akan dilekat pada gigi anda dengan menggunakan satu lapisan pelekat. Kos composite indirect veneer jenis ini biasanya akan lebih mahal berbanding kos direct veneers.

Composite Veneers Harga

Composite Veneer

Banyak sebenarnya carian untuk kos dan juga harga seperti:

  • Composite veneer price Malaysia
  • Composite veneers price Malaysia

Maksudnya disini, ramai sebenarnya di Malaysia yang sudah mulai faham akan servis-servis yang ditawarkan di klinik pergigian swasta dan juga klinik pergigian kerajaan.

Namun, ada satu lagi perkara yang anda perlu faham kerana kebiasaannya kos dan harga untuk servis ini berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti lokasi, kualiti bahan dan kualiti servis yang ditawarkan. Selain itu, keadaan gigi anda juga akan menjadi faktor terbesar kepada kos dan harga ini.

Seperti kami di Artisan Dental, kami akan bantu dan berikan konsultasi yang terbaik kepada anda terlebih dahulu sebelum meneruskan sebarang rawatan atau perkhidmatan. Dengan cara ini, anda akan lebih jelas dan faham akan situasi sebenar kesihatan gigi anda.

Composite Veneer

Apa kata anda hubungi kami terlebih dahulu di lokasi yang berdekatan dengan anda. Anda boleh klik button dibawah ini untuk senarai lokasi.

Sekian sahaja perkongsian kali ini mengenai composite veneer. Semoga apa yang kami kongsikan ini memberikan manfaat buat anda.

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.