Salah satu daripada jenis rawatan ortodontik yang kerap dicadangkan oleh doktor gigi adalah Invisalign. Cumanya, istilah tersebut masih lagi asing bagi kebanyakan daripada kita.
Jangan risau. Dalam perkongsian kali ini, kami di Artisan Dental akan kongsikan dengan anda semua yang anda perlu tahu mengenai Invisalign. Jom baca!
Apa Itu Invisalign?

Invisalign adalah salah satu daripada jenis rawatan ortodontik yang bertujuan untuk menjadikan senyuman anda lebih berseri dan menawan. Ia selalunya dicadangkan kepada individu yang mempunyai masalah struktur dan susunan gigi yang tidak sekata atau tidak tersusun.
Selain itu, individu yang mempunyai masalah overbite, crossbite, atau underbite juga sangat digalakkan untuk mendapatkan Invisalign. Rawatan ini dilakukan dengan menggunakan clear plastic aligner tray yang akan menyusun semula susunan gigi anda.
Tempoh pemakaian trays tersebut adalah selama 20 jam sehari. Ia senang untuk dicabut dan juga senang untuk dipakai kembali. Memang sangat selesa dan tidak menyakitkan. Ada beberapa keadaan dimana trays tersebut perlu untuk dicabut seperti:
- Untuk menggosok gigi
- Untuk flos gigi

Berbeza pula dengan braces yang memerlukan rawatan lanjut hampir setiap bulan. Pantang larang apabila mula memakai braces juga lebih banyak jika dibandingkan dengan Invisalign.
Anda juga terpaksa untuk mengorbankan beberapa makanan kegemaran anda jika anda mula memakai braces. Hal ini adalah penting bagi memastikan braces tersebut kekal berada didalam keadaan yang baik.
BACA JUGA : Composite Veneer – Semua Yang Anda Perlu Tahu
Kelebihan Invisalign

Saat dicadangkan kepada mana-mana individu mengenai Invisalign ini, banyak sebenarnya soalan yang kami terima terutamanya mengenai kelebihan pemakaian Invisalign ini.
Antara kelebihan yang anda akan perolehi hasil daripada pemakaian Invisalign ini adalah:
- Menjadikan senyuman anda lebih menawan. Hal ini kerana pemakaian Invisalign akan menjadikan gigi anda lebih cantik dan tersusun.
- Ia juga sesuai untuk digunakan oleh hampir kesemua peringkat umur
- Rawatan dan proses yang terlibat juga adalah sangat mudah
Ada banyak lagi sebenarnya kelebihan pemakaian Invisalign ini. Jika anda sesuai untuk mendapatkan servis ini, kami akan ceritakan dengan lebih lanjut untuk anda.
Prosedur Pemakaiannya

Individu yang mempunyai masalah dan merasakan dirinya memerlukan pemakaiannya perlulah menjalani pemeriksaan gigi terlebih dahulu. Hal ini adalah untuk membolehkan doktor gigi membuat keputusan samada ia sesuai atau tidak dengan anda.
Jika sesuai, doktor gigi akan mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu. Jika tidak, anda akan dicadangkan kaedah atau rawatan lain yang lebih sesuai dengan keadaan gigi anda.
BACA JUGA : Klinik Pergigian Swasta – Prosedur, Temujanji, Kepakaran dan Masa

Bagi individu yang sesuai untuk memakainya, anda perlulah untuk menjalani 3D digital impressions pula. Hal ini adalah untuk memastikan ketelitian Invisalign yang dihasilkan akan memenuhi apa yang anda harapkan.
Setelah Invisalign anda siap, doktor gigi akan memberikan saranan dan nasihat dari segi pemakaian dan lain-lain. Apa yang anda perlu tahu disini adalah setiap setnya adalah unik dan berbeza dengan set yang lain.
Hal ini kerana setiap set dihasilkan mengikut kesesuaian dan keadaan gigi masing-masing.
Harga Invisalign Malaysia
Biasanya kos dan harganya adalah berbeza mengikut klinik pergigian kerana kualiti servis dan kepakaran yang berbeza. Selain itu, ia juga bergantung kepada keadaan individu.

Untuk mendapatkan anggaran harga bagi anda, kami cadangkan anda untuk menghubungi kami dan mendapatkan konsultansi daripada doktor gigi di Artisan Dental terlebih dahulu.
Apa yang kami boleh janjikan adalah, kami akan meneliti setiap masalah anda dengan sebaiknya dan memberikan cadangan rawatan terbaik pada harga yang berpatutan.
BACA JUGA : Teeth Whitening – Rawatan Pemutihan Gigi
Kesimpulan
Invisalign merupakan salah satu daripada rawatan ortodontik yang terbaik, menarik dan mulai mendapat perhatian di Malaysia. Namun, anda perlu tahu bahawa ada juga kemungkinan rawatan ini tidak akan sesuai dengan anda.
Rasanya itu sahaja perkongsian daripada kami di Artisan Dental untuk kali ini berkenaan dengan Invisalign. Semoga perkongsian kali ini memberikan banyak manfaat buat anda.