“Boleh tanya, berapa harga tampal gigi?”
“Saya nak tanya dulu ye, berapa kos tampal gigi?
Sebenarnya itu merupakan di antara soalan-soalan utama apabila terlintasnya mengenai rawatan tampal gigi. Tampal gigi kini sudah lagi tidak asing lagi bagi setiap orang. Ada juga kanak-kanak yang sudah mendapat rawatan tampal gigi ini.
Ia juga menjadi carian utama di Google apabila anda cuba menaip tampal gigi di kotak carian Google. Pasti, antara respon balas yang diterima adalah seperti ini:
- Harga tampal gigi klinik swasta
- Harga tampal gigi klinik kerajaan
- Kos tampal gigi
- Harga tampal gigi depan
- Harga tampal gigi belakang
Tampal Gigi di Klinik Pergigian Kerajaan Atau Swasta?
Perdebatan mengenai di mana sepatutnya anda mendapatkan rawatan tampal gigi tidak sepatutnya berlaku. Hal ini kerana kualiti tampal gigi di klinik kerajaan mahupun swasta adalah sama sahaja.
Tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkan kenapa ramai orang akan membuat keputusan dalam memilih klinik mana yang mereka patut pergi untuk mendapatkan rawatan tampal gigi. Antaranya adalah:
a. Harga tampal gigi
Memang tidak dapat dinafikan, klinik pergigian kerajaan sememangnya menawarkan harga tampal gigi yang jauh lebih murah berbanding klinik pergigian swasta. Di klinik pergigian kerajaan, harganya adalah dalam lingkungan RM 2 sehingga RM 35 sahaja.
Perbezaan harga tampal gigi di klinik swasta mungkin sedikit mahal berbanding klinik pergigian kerajaan. Secara purata, harga di klinik swasta adalah dalam lingkungan RM 70 bagi setiap gigi yang ditampal.
Tetapi harga yang ditawarkan tersebut masih lagi berada di dalam lingkungan harga mampu milik dan berpatutan. Pelaburan yang anda buat untuk kesihatan gigi adalah pelaburan yang sangat berbaloi.
BACA JUGA : Porcelain Veneer – Semua Yang Anda Perlu Tahu
b. Proses temujanji
Antara sebab utama kenapa ramai yang memilih untuk mendapatkan rawatan tampal gigi di klinik pergigian swasta adalah kerana proses temujanji di klinik pergigian swasta adalah lebih cepat dan mudah.
Di klinik kerajaan proses temujanji anda mungkin akan memakan masa berminggu-minggu disebabkan waiting list yang agak panjang. Manakala, di klinik pergigian swasta, proses temujanji adalah lebih mudah dan tersusun.
Tambahan pula, sesetengah klinik pergigian swasta telah mengaplikasikan temujanji yang boleh dibuat secara online sahaja. Temujanji ini lebih mesra pelanggan kerana anda boleh memilih tarikh dan masa yang dikehendaki.
BACA JUGA : Conventional Braces – Jenis, Fungsi dan Harga
Ada sesetengah temujanji di klinik kerajaan dijadualkan pada waktu anda sedang bekerja dan sibuk. Selain itu, proses menunda temujanji di klinik kerajaan amat susah, malah sekiranya berjaya ditunda, ia akan memakan masa yang lebih lama, sehinggakan memakan masa berbulan-bulan.
Kelebihan-kelebihan yang ada di klinik pergigian swasta ini juga menjadi titik tolak mengapa harga di klinik swasta agak sedikit mahal berbanding harga di klinik kerajaan.
BACA JUGA : Componeer – Tampil Dengan Senyuman Lebih Menawan
Seperti di Artisan Dental, kami turut menawarkan rawatan tampal gigi di klinik pergigian kami. Anda boleh membuat temujanji rawatan tampal gigi anda secara online di laman web kami atau anda boleh hubungi terus klinik pergigian kami.
Banyak respon positif yang kami terima dari pelanggan mengenai rawatan tampal gigi yang kami berikan. Harga yang kami tawarkan juga adalah harga mampu milik dan mesra pelanggan.
Kami rasa sudah cukup jelas apa yang kami terangkan kepada anda mengenai harga tampal gigi. Bagi kami, pelaburan untuk kesihatan ini adalah pelaburan yang sangat berbaloi dan perlu dilakukan untuk anda tampak lebih sihat dan yakin.