Cara Putihkan Gigi

Cara Putihkan Gigi – Moden dan Tradisional

Cara putihkan gigi sudah menjadi salah satu daripada perkara yang kerap dicari di Google. Bukan itu sahaja. Disebabkan ia semakin mendapat perhatian, ramai pihak yang tampil dengan berbagai jenis produk untuk putihkan gigi.

Sebenarnya selamat ke putihkan gigi dengan menggunakan produk di pasaran? Ada banyak faktor yang perlu anda ambil kira untuk menggunakan produk tersebut. Apa yang pasti, ia haruslah mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau mendapat saranan daripada doktor gigi anda.

Apa kata kalau anda baca perkongsian kami kali ini mengenai cara putihkan gigi yang kami sudah kategorikan kepada dua iaitu tradisional dan juga moden. Jom baca!

Kenapa Ramai Yang Mencari Cara Putihkan Gigi?

cara putihkan gigi

Gigi yang putih dan bersih adalah salah satu ciri penting untuk penampilan yang menarik. Selain daripada pakaian yang kemas, gigi yang putih juga menjadi diantara ciri penting yang diambil kira oleh ramai orang untuk tampak lebih berketerampilan.

Pelbagai cara putihkan gigi yang terdapat di laman-laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain. Ada juga yang mengatakan putihkan gigi ini berkait rapat dengan pengambilan makanan harian kita. Malah, ada juga yang berpendapat bahawa sesetengah produk yang dijual di pasaran mampu memutihkan gigi.

cara putihkan gigi

Cara putihkan gigi atau teeth whitening ini juga adalah salah satu rawatan pergigian yang ditawarkan di setiap klinik pergigian. Putihkan gigi ini juga sudah menjadi rawatan rutin bulanan bagi sesetengah orang yang mengambil kira tahap tona warna gigi mereka dari masa ke semasa.

Tahukah, anda bahawa putihkan gigi ini terbahagi kepada dua, iaitu secara tradisional atau konvensional dan rawatan moden di klinik pergigian.

BACA JUGA : Teeth Whitening – Rawatan Pemutihan Gigi

Petua Putihkan Gigi Tradisional

Petua putihkan gigi berdasarkan saranan nenek moyang kita ini ada banyak. Kebanyakkan cara putihkan gigi yang digunakan ini amat berkesan dan efektif untuk kita lakukan di rumah. Kos yang diperlukan juga sangat rendah.

Antara cara untuk putihkan gigi tradisional yang dicadangkan adalah:

a. Siwak atau Kayu Sugi

Siwak atau kayu sugi merupakan alat memberus gigi yang digunakan sejak sekian lama lagi. Fungsi dan cara penggunaan kayu sugi ini adalah sama seperti berus gigi yang biasa anda gunakan. Bezanya adalah ia diperbuat daripada kayu sugi yang boleh terus digunakan tanpa perlu ada ubat gigi.

BACA JUGA : Tooth Implant – Selesa Seperti Gigi Asli

b. Serbuk Arang

Jika anda perhatikan, terdapat pelbagai produk pemutihan gigi yang berasaskan serbuk arang mula dijual di pasaran. Serbuk arang juga merupakan diantara cara untuk putihkan gigi. Namun anda harus ingat, serbuk arang mestilah digunakan dengan kuantiti yang betul supaya tidak merosakkan enamel gigi anda.

c. Lemon

Buah lemon merupakan salah satu cara putihkan gigi yang dilakukan pada zaman dahulu. Jus lemon mengandungi kandungan asid yang tinggi, yang mampu membuang kotoran yang menempel pada permukaan gigi anda.

BACA JUGA : Porcelain Veneer – Semua Yang Anda Perlu Tahu

Cara Putihkan Gigi Moden

cara putihkan gigi

Setiap klinik pergigian di Malaysia turut menawarkan rawatan pemutihan gigi atau lebih dikenali sebagai teeth whitening treatment. Rawatan ini boleh dibuat di klinik pergigian swasta ataupun kerajaan. 

Doktor gigi akan menggunakan gel pemutih gigi yang mempunyai kadar kandungan peroxide yang tinggi. Gel tersebut akan disapu ke setiap permukaan gigi anda, lantas mengubah tona warna gigi anda menjadi putih.

Putihkan gigi di klinik pergigian ini lebih berkesan dan efektif disebabkan ia dikendalikan oleh doktor gigi yang pakar dalam perubatan pergigian. Tetapi harga putihkan gigi di klinik kerajaan dan swasta adalah berbeza.

Harga putihkan gigi klinik swasta adalah sedikit mahal berbanding klinik kerajaan. Namun begitu, kos bagi rawatan pemutihan gigi ini masih lagi berada di dalam lingkungan mampu milik lagi.

cara putihkan gigi

Seperti di Artisan Dental, kami juga turut menawarkan rawatan seperti teeth whitening sebagai cara untuk putihkan gigi anda. Harga yang kami tawarkan juga masih lagi pada kadar mampu milik. Kami juga menyediakan beberapa pakej pemutihan gigi sesuai dengan bajet anda. 

Sebelum memulakan rawatan pemutihan gigi, doktor kami juga akan menerangkan risiko-risiko dan pantang larang selepas rawatan ini dijalankan. Sebarang pertanyaan yang bermain di fikiran anda boleh diajukan sebelum rawatan pemutihan bermula. Kami jamin dengan kepakaran doktor gigi yang ada, ia mampu memberikan kesan yang anda impikan.

Sekian sahaja perkongsian mengenai cara putihkan gigi daripada kami. Kami harap anda memperoleh manfaat yang banyak menerusi perkongsian ini. Kami juga sangat berbesar hati untuk terus berkongsi tentang segala info menarik mengenai perubatan pergigian. Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga.

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.