Gigi bongsu bermula tumbuh apabila anda menjengah ke alam remaja atau pada usia anda awal dua puluhan. Kebanyakkanya akan sentiasa terhimpit kerana ruang di mulut tidak mencukupi untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.
Antara kesan buruk yang akan berlaku apabila gigi tersbeut terhimpit dan tidak tumbuh dengan baik adalah seperti berikut:
- Menyebabkan rasa sakit
- Berisiko untuk mendapat jangkitan
- Bengkak
- Nafas berbau
Sekiranya gigi bongsu sakit, apa yang anda perlu buat? Ada beberapa cara hilangkan sakit gigi bongsu. Jom baca perkongsian kami yang telah kami sediakan khas untuk anda ini.
Sakit Gigi Bongsu
Sakit gigi ini boleh dikatakan perit juga. Sakit gigi secara amnya, mampu membuat anda hampir tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti lain disebabkan perlu menahan sakit dan hilang fokus disebabkan kesakitan tersebut.
BACA JUGA : Klinik Pergigian Swasta – Prosedur, Temujanji, Kepakaran dan Masa
Rawatan Sakit Gigi Bongsu
Pertama sekali, saranan kami sekiranya anda mengalami kesakitan yang terlampau pada bahagian gigi, anda perlu segera membuat pemeriksaan gigi di klinik pergigian. Pemeriksaan gigi yang dibuat akan menjawab persoalan kenapa gigi anda berasa sakit.
Selalunya sakit gigi di bahagian belakang ini mungkin disebabkan oleh gigi bongsu. Doktor mungkin akan memberikan anda ubat tahan sakit atau membuat “localised scaling” bagi masalah yang ringan. Namun, jika didapati gigi tersebut terimpak atau berlubang besar, maka pilihan akhir mungkin anda perlu lakukan adalah cabut gigi bongsu.
Prosedur mencabut gigi tersebut yang tidak terimpak sama seperti prosedur mencabut gigi yang lain. Cuma, bezannya di sini adalah anda cabut gigi bongsu. Prosedur atau pembedahan gigi bongsu ini tidak mengambil masa yang lama.
Jika gigi anda didapati terimpak, pembedahan kecil perlu dilakukan untuk mencabut gigi tersebut. Proses pembedahan kecil gigi ini selalunya mengambil masa dalam 45minit-1 jam sahaja.
Bahkan, anda mungkin tidak akan merasa apa-apa sewaktu prosedur dijalankan, kerana doktor gigi akan memberikan anda ubat kebas sebelum prosedur dijalankan. Ubat kebas atau anasthesia bertujuan bagi menghilangkan deria rasa terutamanya rasa sakit pada kawasan yang ingin dibedah.
Jangan risau, ini hanya rutin pembedahan biasa dan kerap kali dilakukan oleh setiap doktor gigi di dunia. Sudah menjadi ‘makanan’ doktor gigi untuk menjalankan pembedahan kecil sebegini.
Kami di Artisan Dental juga turut menawarkan servis cabut gigi bongsu. Suka untuk kami kongsikan dengan anda, setiap pelanggan yang menjalani rawatan cabut gigi di klinik kami, sangat berpuas hati dengan rawatan yang diberikan.
Dengan kebolehan doktor gigi kami yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang pergigian, ia pastinya akan memberi pengalaman cabut gigi bongsu yang berbeza daripada cerita-cerita ngeri yang anda lihat di media sosial mahupun daripada rakan-rakan anda.
BACA JUGA : Conventional Braces – Jenis, Fungsi dan Harga
Harga Cabut Gigi Bongsu
Kos cabut gigi bongsu adalah sedikit berbeza berbanding cabut gigi biasa. Hal ini kerana, mencabut gigi tersebut adalah satu prosedur yang agak kompleks dan memerlukan penelitian yang penuh rapi.
Proses mencabut gigi tersebut termasuk dalam kategori pembedahan kecil. Harga cabut gigi ini juga lebih mahal daripada cabut gigi biasa. Harga juga berbeza berdasarkan beberapa faktor seperti kepakaran, lokasi dan klinik pergigian itu sendiri.
Secara purata, kos cabut ini memerlukan lebih RM300 sehingga RM 400. Ia juga berkemungkinan menjadi lebih mahal sekiranya kes atau kedudukan gigi tersebut agak kompleks dan rumit.
BACA JUGA : Teeth Whitening – Rawatan Pemutihan Gigi
Sebenarnya, daripada anda terus menahan sakit sehingga segala setiap aktiviti dan kerja harian anda tertunda, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan rawatan segera. Hampir semua klinik pergigian ada menawarkan servis ini.
Klinik pergigian kerajaan juga ada menawarkan servis cabut gigi ini. Cuma, temujanji anda mungkin memakan masa sedikit berbanding dengan klinik pergigian swasta. Sebab itulah ramai yang memilih untuk mendapatkan servis ini di klinik pergigian swasta.
Kami rasa setakat ini sahaja perkongsikan kami mengenai gigi bongsu. Sedikit sebanyak kami harap ia dapat membantu dalam menjawab persoalan anda mengenai gigi ini dan apa-apa yang berkaitan dengannya.
Semoga perkongsian kali ini daripada kami di Artisan Dental dapat memberikan banyak manfaat buat anda. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai kesihatan pergigian.