Pada zaman sekarang, kita dapat melihat banyak jenis braces atau pendakap gigi yang ditawarkan di klinik pergigian. Setiap jenis braces ini juga turut mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.
Carian bagi jenis yang sesuai juga sangat popular di Google. Ramai pengguna Google membuat carian mengenai jenis yang sesuai bagi masalah struktur gigi yang mereka hadapi. Antara jenis dan masalah gigi yang sering dicari di Google adalah:
- Jenis braces untuk gigi jongang
- Jenis braces untuk gigi jarang
- Jenis braces untuk gigi berlapis
- Jenis braces power chain

Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda semua tentang jenis-jenis braces yang ada ditawarkan di klinik pergigian kerajaan atau pun klinik pergigian swasta. Kami juga akan selitkan sedikit jenis dan harga bagi braces tersebut.
Baca Juga : Jenis Pendakap Gigi
Jenis Braces Klinik Pergigian Malaysia
Terdapat beberapa jenis yang kita tahu dan kita tak tahu. Kebanyakan daripada kita hanya biasa mendengar perkataan braces sahaja. Namun masih ramai lagi sebenarnya yang tidak mengetahui bahawa braces juga ada dalam kategori yang berbeza.
Ia pula akan disesuaikan dengan keadaan dan juga masalah gigi anda. Jadi, sebab itulah kami berasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua mengenai jenis yang ada. Jom baca!
- METAL BRACES

Metal braces atau dikenali sebagai pendakap gigi tradisional merupakan salah satu daripada jenis braces yang sering dipakai oleh orang ramai. Metal braces ini sering dipakai oleh kanak-kanak dan remaja.
Metal braces dipasang pada setiap permukaan gigi anda dengan menggunakan wayar sebagai penghubung dan pengikat. Bagi yang menggunakan metal braces, rawatan susulan akan dilakukan 4 hingga 8 minggu sekali bergantung kepada doktor gigi anda.
Secara purata, harga jenis braces metal ini adalah dalam lingkungan RM 4,000 hingga RM 5,000. Ini termasuk sekali bayaran bagi setiap rawatan susulan sepanjang tempoh anda memakai braces tersebut.
- CERAMIC BRACES

Ceramic braces adalah braces yang sangat popular di kalangan remaja dan orang dewasa. Kelebihan ceramic braces adalah warna braces tersebut tidak menonjol berbanding dengan metal braces. Saiz ceramic braces juga lebih kecil berbanding metal braces dan sangat tahan lasak. Harga bagi ceramic braces ialah sekitar RM 6,500 higga RM 8,500. Ia agak mahal sedikit berbanding metal braces.
- SELF-LIGATING BRACES

Self-ligating braces adalah dalam kategori yang mempunyai fungsi sama seperti metal dan ceramic braces. Perbezaan utama self-ligating braces dengan braces jenis metal dan ceramic adalah seperti berikut;
- Menggunakan klip dan sistem doors opener/closure
- Menggunakan klip berbanding pengikat elastic rubber
Rawatan susulan bagi yang memakai self-ligating braces juga kurang disebabkan sistem self-ligating braces adalah sangat mudah untuk dialihkan. Rawatan susulan juga tidak akan memakan masa yang lama. Harga bagi self-ligating braces adalah sekitar RM 7,000 hingga RM 12,000.
Baca Jugak : Self Ligating Braces – Untuk Gigi Cantik & Tersusun
- INVISALIGN DAN CLEAR ALIGNERS

Invisalign atau clear aligner adalah salah satu braces yang menjadi trend pada zaman sekarang. Antara sebab kenapa invisalign dan clear aligner ini menjadi kegemaran orang ramai adalah kerana;
- Warnanya yang transparent
- Mudah dicabut
- Memudahkan proses berus gigi dan floss
- Rawatan susulan yang lebih sedikit
Pemakaian invisalign atau clear aligners adalah sangat mudah dan cepat. Doktor gigi anda akan membuat satu model 3D struktur gigi anda dan menghasilkan satu pendakap gigi berdasarkan struktur dan susunan gigi yang betul.
Anda hanya perlu menyarungkan saja Invisalign atau clear aligner sepanjang tempoh yang dinasihatkan oleh doktor gigi anda. Harga yang ditawarkan bagi jenis ini adalah sekitar RM 8,000 hingga RM 25,000 termasuk model 3D.
Baca Juga : Invisalign – Alternatif Terbaik Untuk Braces
Pasti anda terkejut bahawa banyak juga jenis braces sebenarnya. Setiap braces yang dinyatakan di atas ada ditawarkan di klinik pergigian kami iaitu Artisan Dental. Klinik pergigian kami juga aktif dalam rawatan dan pemakaian braces ini. Harga yang kami tawarkan juga adalah pada kadar mampu milik dan berpatutan.
Kami rasa setakat ini sahaja perkongsian mengenai jenis braces. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca. Kami juga akan sentiasa berkongsi kepada anda info-info menarik mengenai kesihatan pergigian di laman web kami.