Harga Klinik Gigi Kerajaan

Harga Klinik Gigi Kerajaan – Betul Ke Murah?

Harga klinik gigi kerajaan adalah caj rawatan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan selepas ditolak dengan subsidi kerajaan kepada orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan pergigian di klinik pergigian kerajaan.

Tiada perbezaan yang banyak terhadap harga klinik gigi kerajaan dulu dan sekarang. Jurang perbezaan harga pada setiap tahun adalah tidak besar. Hanya sesetengah rawatan dan perkhidmatan perubatan pergigian sahaja yang mengalami perubahan harga.

Harga Klinik Gigi Kerajaan

Bagi kami, harga klinik gigi kerajaan adalah sangat mampu milik dan murah. Hal ini kerana ia berkait rapat dengan inisiatif kerajaan agar ramai orang terutamanya mereka yang berada di luar bandar mampu untuk mendapatkan rawatan pergigian.

Harganya yang murah juga menjadi salah satu faktor mengapa orang ramai lebih gemar mendapatkan rawatan pergigian di klinik kerajaan berbanding swasta. Harga klinik gigi swasta adalah sedikit mahal berbanding harga yang ditawarkan di klinik gigi kerajaan. 

Kenapa Harga Klinik Gigi Swasta Mahal?

Harga yang ditawarkan di klinik pergigian swasta mungkin sedikit mahal berbanding harga rawatan yang dikenakan di klinik pergigian kerajaan. Apa yang membezakan diantara kedua-dua jenis klinik ini? Jom kami kongsikan kepada anda.

Harga di klinik gigi kerajaan adalah harga yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk membolehkan orang ramai yang tidak berkemampuan terutamanya penduduk di kawasan pedalaman untuk mendapatkan rawatan perubatan pergigian.

Hampir 90% caj rawatan adalah ditanggung penuh oleh pihak kerajaan. Kalau anda perasan, harga klinik gigi kerajaan di seluruh negara Malaysia adalah sama dan jika diteliti kembali memang tiada perubahan yang sangat ketara. Akan tetapi, ramai juga yang lebih gemar untuk mendapatkan rawatan di klinik pergigian swasta. Ini disebabkan oleh beberapa faktor:

  1. Temujanji Pantas

Proses temujanji di klinik pergigian swasta adalah sangat mesra pelanggan dan lebih cepat. Ada juga sesetengah klinik pergigian swasta menggunakan sistem temujanji secara online. Anda hanya perlu layari laman web klinik pergigian tersebut dan membuat temujanji mengikut kesesuaian masa anda. 

Di klinik pergigian kerajaan, proses temujanji mungkin memakan masa disebabkan jumlah pesakit yang berkunjung ke klinik pergigian kerajaan agak ramai. Giliran untuk anda mendapatkan rawatan mungkin agak lama.

Kami di Artisan Dental juga mengaplikasikan sistem temujanji secara online. Majoriti pelanggan dan pesakit kami juga lebih gemar membuat temujanji mereka secara atas talian sahaja. Mereka berpendapat ia lebih mudah, efisien dan tidak perlu lagi menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Baca Juga : Klinik Pergigian Swasta – Prosedur, Temujanji, Kepakaran dan Masa

  1. Waktu Operasi

Waktu operasi bagi klinik gigi kerajaan bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang dan hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja. Berbeza pula untuk kebanyakan klinik pergigian swasta yang biasanya akan mula beroperasi sekitar jam 9 pagi hingga 8 malam dan majoritinya beroperasi setiap hari.

Tempoh masa operasi klinik pergigian swasta ini menjadi salah satu sebab mengapa ramai orang lebih gemar untuk mendapatkan rawatan di klinik pergigian swasta. Anda boleh berkunjung pada bila-bila masa sahaja mengikut masa yang anda inginkan.

Kami di Artisan Dental juga beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 8 malam. Anda boleh datang pada bila-bila masa sahaja, cuma kami sarankan anda untuk membuat temujanji secara online atau hubungi kami terlebih dahulu.

Secara kesimpulannya, setiap klinik pergigian swasta mahupun klinik pergigian kerajaan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sekalipun harga klinik gigi kerajaan adalah lebih murah, ramai juga yang memilih klinik pergigian swasta berdasarkan apa yang telah kami kongsikan diatas.

Itu sahaja perkongsian kami untuk kali ini mengenai harga klinik gigi kerajaan. Kami di Artisan Dental, sangat berbesar hati untuk sentiasa berkongsi dengan anda mengenai kesihatan pergigian dan perkara-perkara berkaitan dengan klinik pergigian.

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.