Kenapa kena buat gigi palsu segera? Soalan ini pasti akan bermain di fikiran anda saat anda dinasihatkan untuk segera melakukannya. Ia merupakan salah satu daripada alternatif yang akan disarankan terutamanya apabila pesakit tidak mahu gigi depan mereka dicabut.

Gigi palsu segera merupakan salah satu daripada jenis servis yang ditawarkan di klinik pergigian. Untuk pengetahuan anda, ada beberapa jenis gigi palsu yang ditawarkan di klinik pergigian seperti:
- Gigi palsu penuh – Full dentures
- Gigi palsu tidak penuh – Partial dentures
- Gigi palsu sarung – Removable dentures
- Gigi palsu tanam atau implant – jenis gigi palsu terkini
- Gigi palsu sebatang
- Gigi palsu depan atas
- Gigi palsu fleksibel – Flexible dentures
Setiap jenis gigi palsu diatas mempunyai lingkungan harga mereka yang tersendiri. Dibawah ini merupakan diantara senarai lingkungan harga untuk setiap jenis gigi palsu:
- Harga gigi palsu penuh (Full dentures) – RM800 hingga RM1600 dan ke atas
- Harga gigi palsu tidak penuh (Partial dentures) – RM80 hingga RM300 dan ke atas
- Harga gigi palsu sarung (Removable dentures) – RM1200 dan ke atas
- Harga gigi palsu tanam (Implant) – RM3000 hingga RM5000 dan ke atas
- Harga gigi palsu sebatang – RM40 dan ke atas
- Harga gigi palsu depan atas – RM200 hingga RM500 ke atas
- Harga gigi palsu fleksibel (Flexible dentures) – RM650 dan ke atas
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda berkenaan gigi palsu segera yang menjadi tarikan utama masa kini. Kami akan sentuh mengenai prosedur dan kos yang terlibat untuk membuatnya segera.
Prosedur Buat Gigi Palsu Segera
Sebenarnya bukan semua pesakit perlu segerakan proses ini. Ada beberapa situasi yang memerlukannya seperti pesakit tersebut tidak dapat melakukan apa-apa aktiviti sekiranya gigi seperti gigi depan mereka dicabut.
Keadaan ini akan memberikan masalah kepada pesakit. Jadi, doktor akan menyarankan agar pesakit tersebut untuk buat gigi palsu segera. Prosedur yang terlibat juga adalah berbeza dimana ia lebih ringkas dan lebih pantas.
1. Pemeriksaan Gigi

Doktor gigi akan melakukan pemeriksaan gigi terlebih dahulu untuk mengenal pasti samada ada atau tidak gigi yang perlu untuk dicabut. Hal ini kerana, acuan gigi palsu tersebut termasuklah gigi yang akan dicabut.
Pemeriksaan gigi perlu dilakukan bagi memastikan doktor gigi mendapat gambaran penuh mengenai keadaan dan masalah gigi anda. Ia juga bagi memudahkan doktor gigi anda memberi konsultasi kepada anda.
Baca Juga : Cabut Gigi – Prosedur Sebelum, Semasa dan Selepas
2. Penyediaan Gigi Palsu Segera

Berapa lama masa diambil jika anda buat gigi palsu segera? Biasanya ia mengambil masa sekitar 3 ke 5 hari. Setelah acuan gigi palsu anda siap, doktor gigi akan mencabut gigi yang bermasalah.
Selesai sahaja proses mencabut gigi ini, anda akan dipakaikan gigi palsu segera tersebut. Berbeza pula dengan prosedur gigi palsu biasa, di mana anda perlu lalui fasa percubaan sampel gigi terlebih dahulu.
Harga Buat Gigi Palsu Segera

Harga buat gigi palsu segera ini berbeza mengikut klinik pergigian. Ia juga bergantung kepada jenis gigi palsu segera dan masalah yang berkaitan dengan struktur gigi anda. Secara purata, harga buat gigi palsu segera adalah dalam lingkungan RM650 dan ke atas.
Mungkin anda merasakan ia sedikit mahal namun anda perlu tahu bahawa segala servis melibatkan kesihatan bukanlah dalam kategori yang murah. Selama ini kita mengambil ringan akannya kerana kita sering mendapat subsidi daripada kerajaan.
Banyak sebenarnya kerajaan menampung keperluan kesihatan rakyat Malaysia. Sampaikan kita terlalu mengambil mudah akan segala hal berkaitan kesihatan termasuklah kesihatan pergigian.
Jadi, harga yang diberikan untuk buat gigi palsu segera ini masih lagi dalam kategori mampu milik. Elakkan juga daripada mencari yang terlalu murah seperti apa yang dijual secara atas talian.
Hal ini kerana kebanyakannya diragui dari segi kualiti, keberkesanan dan keselamatannya. Lebih baik anda dapatkan rawatan daripada mereka yang pakar seperti kami di Artisan Dental.
Sekian sahaja perkongsian kami kali ini mengenai buat gigi palsu segera. Semoga perkongsian kali ini memberikan banyak manfaat buat anda.