Cara Nak Putihkan Gigi

Cara Nak Putihkan Gigi

Cara nak putihkan gigi merupakan salah satu daripada persoalan yang sering bermain di fikiran orang ramai sekarang ini. Rawatan pemutihan gigi adalah satu cara yang berkesan untuk mencerahkan warna asal gigi tanpa memotongnya. Ia mungkin tidak dapat menukarkan warna gigi tersebut sepenuhnya tetapi, mampu mencerahkan warna asal. Rawatan ini sering ditawarkan di klinik pergigian kerajaan mahupun swasta.

Cara Nak Putihkan Gigi

Terdapat pelbagai cara untuk putihkan gigi sebenarnya. Ada yang berpendapat sesetengah produk yang mereka gunakan mampu memutihkan gigi mereka. Ada juga yang berkongsi tips-tips mengenai petua putihkan gigi yang diamalkan oleh orang-orang Melayu lama.

Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan tentang cara nak putihkan gigi melalui beberapa sudut iaitu petua orang Melayu lama dan rawatan pemutihan gigi yang ditawarkan di klinik pergigian di Malaysia.

Petua Cara Nak Putihkan Gigi

Petua yang akan kami kongsikan ini adalah hasil daripada kajian yang kami lakukan mengenai bagaimana orang pada zaman dahulu memutihkan gigi mereka tanpa menggunakan ubat gigi dan berus gigi.

  1. Siwak atau kayu sugi
Cara Nak Putihkan Gigi

Kayu sugi adalah ‘berus gigi’ pada zaman dahulu yang sering digunakan sebagai alat untuk membersihkan permukaan dan celahan gigi mereka. Bersiwak adalah nama perbuatan yang menggunakan kayu sugi. 

Kayu sugi ini adalah sejenis kayu yang berasal daripada pokok sugi. Sesetengah orang berpendapat bahawa, kayu sugi ini mempunyai kandungan nutrisi yang sama seperti ubat gigi. Lebih menarik lagi, kayu sugi dikatakan mampu memutihkan gigi anda.

  1. Serbuk arang

Serbuk arang adalah salah satu petua lama yang dimodenkan oleh ramai orang pada zaman ini. Ramai pembekal dan penjual produk ubat gigi, mempromosikan serbuk arang yang dikatakan mampu memutihkan gigi anda.

Sesetengah pakar perubatan pergigian berpendapat bahawa serbuk arang bukanlah agen yang mampu memutihkan permukaan gigi anda tetapi berisiko untuk membuatkan enamel gigi anda menipis adalah besar sekiranya disalahgunakan.

  1. Buah lemon

Lemon mengandungi kandungan asid yang tinggi. Antara cara nak putihkan gigi menggunakan lemon adalah dengan mencampur buah lemon yang anda perah dengan serbuk bikarbonat. 

Campuran itu boleh dijadikan sebagai pembersih gigi anda. Petua ini juga diamalkan oleh orang-orang lama. Kandungan asid di dalam buah lemon tersebut dikatakan mampu menghapuskan segala masalah tona kuning yang melekat di permukaan gigi anda.

Petua-petua diatas sebenarnya masih diragui keberkesanannya. Namun tidak salah untuk anda mencuba sebagai salah satu cara nak putihkan gigi selagi mana ia tidak merosakan gigi anda. Sebelum itu, pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu agar tiada komplikasi gigi yang lain muncul.

Cara Nak Putihkan Gigi Rawatan Moden

Baca Juga : Cara Putihkan Gigi – Moden dan Tradisional

Klinik pergigian swasta dan kerajaan juga menawarkan rawatan pemutihan gigi. Rawatan ini juga dikenali sebagai teeth whitening. Teeth whitening merupakan cara untuk memutihkan gigi yang lebih berkesan dan dijamin keselamatannya.

Doktor gigi anda akan menyapu gel yang mengandungi peroksida yang tinggi di setiap permukaan gigi anda. Selepas itu, gigi anda akan dipancarkan lampu khas untuk rawatan pemutihan gigi selama 20 minit dan diulangi sebanyak 3 kali.

Harga putihkan gigi di klinik kerajaan mahupun swasta adalah berbeza. Jangan risau, harga yang ditawarkan masih lagi berada di dalam lingkungan harga mampu milik. Kami di Artisan Dental juga turut menawarkan rawatan teeth whitening. Ramai juga yang memberikan respon positif selepas mendapatkan rawatan tersebut di klinik pergigian kami.

Harga yang kami tawarkan juga adalah harga yang mampu milik dan berpatutan. Dengan kepakaran yang kami ada, kami yakin mampu mengubah senyuman anda menjadi lebih berseri dan lebih manis.


Rasanya itu sahaja perkongsian kami kali ini mengenai cara nak putihkan gigi. Jangan lupa untuk terus mengikuti perkongsian menarik daripada kami mengenai tips dan info menarik berkaitan penjagaan dan kesihatan pergigian. Semoga bermanfaat!

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.