Clear Aligners

Clear Aligners -Rawatan Kecantikan Gigi

Clear aligners atau turut dikenali sebagai invisible aligners, merupakan diantara jenis rawatan ortodontik yang mampu merawat masalah misaligned atau crooked teeth. Menariknya adalah, orang lain mungkin tidak akan perasan apabila anda memakai clear aligner.

Ia juga boleh dikatakan tersembunyi disebabkan clear aligner gigi anda mempunyai warna yang hampir sama dengan gigi asli anda dan  sukar untuk disedari oleh orang lain. Salah satu daripada jenis clear aligners adalah invisalign.

Bagi clear aligners, setiap aligners trays dihasilkan secara berbeza mengikut individu, bergantung kepada tahap masalah struktur dan susunan gigi masing-masing. Ramai juga yang lebih memilih clear aligners berbanding braces.

Nak tahu kenapa? Jom Artisan Dental terangkan dengan lebih lanjut apa kelebihan memakainya. 

Kelebihan Clear Aligners

Clear Aligners

Antara kelebihan utama dan menjadi faktor kenapa ramai yang memilih clear aligners adalah kerana ia memberikan lebih keselesaan berbanding braces. Anda hanya perlu ‘sarungkan’ sahaja mengikut tempoh masa yang disarankan oleh doktor gigi anda.

Ia juga dikatakan lebih efektif. Keberkesanannya boleh dilihat saat anda melakukan penukaran aligner trays. Ketika itu, anda akan melihat perubahan besar yang berlaku terutamanya perubahan senyuman anda dimana ia akan menjadi lebih menawan.

Selain daripada itu, kebersihan clear aligners juga lebih mudah untuk dijaga. Anda hanya perlu menanggalkan sahaja untuk dicuci. Mudah bukan? Tidak perlu lagi untuk anda berasa risau sekiranya ada sisa makanan yang tersangkut di celah-celah gigi anda.

Ia juga bersifat jernih dan lutsinar. Itu merupakan diantara faktor utama mengapa ramai yang memilih clear aligners berbanding braces. Hal ini kerana ramai sebenarnya daripada kita yang inginkan gigi yang lebih cantik. Namun berasa malu dan tidak selesa sekiranya braces itu kelihatan.

Sebab itulah ia juga mungkin akan menjadi pilihan anda. Ia memberikan manfaat yang sama namun kurang menonjol. Jadi, anda tidak perlu lagi berasa tidak selesa sepanjang tempoh rawatan.

BACA JUGA : Gigi Bongsu – Apa Anda Perlu Tahu

Rawatan Clear Aligners Malaysia di Artisan Dental

Clear Aligners

Hampir semua rawatan utama dan servis yang terkini ada di klinik pergigian kami, Artisan Dental. Sekarang ini kami dalam misi untuk memberikan kesedaran mengenai penjagaan dan kesihatan pergigian kepada masyarakat umum.

Sebab itu jugalah dalam perkongsian kali ini kami kongsikan beberapa informasi utama yang anda perlu tahu mengenainya. Di Artisan Dental, apa yang boleh kami jamin adalah kualiti servis dan perkhidmatan kami adalah yang terbaik.

Seringkali, anda juga pasti perasan ramai juga memakai clear aligner di Malaysia. Yelah kan, kelebihannya memang membuatkan ramai tertarik terutamanya yang mempunyai masalah gigi tidak tersusun dan senyuman yang tidak menawan.

BACA JUGA : Scaling and Polishing – Servis Paling Popular

Kos Clear Aligners

Clear Aligners

Sama seperti rawatan lain, harganya juga berbeza mengikut tahap masalah gigi yang dihadapi oleh individu. Selain itu, caj juga berbeza diantara setiap klinik pergigian. Hal ini berdasarkan beberapa faktor seperti:

  • Kualiti bahan
  • Teknologi yang digunakan
  • Kepakaran
  • Lokasi
  • Masalah gigi anda

Apa yang anda perlu tahu adalah, setiap individu memerlukan konsultasi terlebih dahulu bagi mengetahui tahap masalah gigi mereka. Ia juga bertujuan untuk melihat samada rawatan tersebut sesuai atau tidak.

BACA JUGA : Harga Scaling Gigi – Klinik Pergigian Swasta VS Kerajaan

Kesimpulan

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini mengenai clear aligners. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau berminat untuk mendapatkan rawatan di klinik pergigian kami, anda boleh hubungi kami terlebih dahulu dan booking temujanji di Artisan Dental berhampiran anda.

Semoga perkongsian kali ini memberikan banyak manfaat buat anda semua!

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.