Senyuman yang menawan pastinya akan meningkatkan lagi keyakinan diri anda. Ia juga akan menjadikan penampilan anda lebih menarik. Sebab itulah, jika anda mempunyai warna gigi yang tidak sekata, sedikit patah atau jarang, anda boleh dapatkan rawatan componeer atau veneer.
Kedua-duanya adalah cara yang sangat efektif dan tidak menyakitkan (mungkin sikit je) untuk mencantikkan lagi senyuman dan juga menaikkan keyakinan diri anda. Jom baca perkongsian kami mengenainya di sini.
Componeer – Alternatif Moden

Teknologi dalam bidang perubatan dan pergigian semakin hari semakin canggih. Semakin banyak benda baharu yang telah diteroka dan dihasilkan. Begitu juga dengan rawatan gigi untuk mencantikkan senyuman anda.
Jika anda pernah mendengar tentang veneer, ia merupakan salah satu daripada kaedah tradisional yang ada. Componeer pula merupakan kaedah terkini yang bukan sahaja memberikan kesan yang terbaik untuk senyuman dan penampilan anda malah ia juga akan menjimatkan wang dan masa.
Di bawah ini kami kongsikan perbezaan di antara componeer dan juga veneer. Dengan cara ini, lebih mudah untuk anda tentukan pilihan rawatan yang paling sesuai dengan anda.
a. Componeer

Ia merupakan kaedah yang terkini dan turut dikenali sebagai “same-day” veneer. Hal ini bermaksud, rawatan componeer boleh disiapkan pada hari yang sama, berbeza dengan indirect composite veneer yang memerlukan satu tempoh masa yang lebih lama untuk dihasilkan khas mengikut gigi anda.
Sebab itu jugalah prosedurnya lebih cepat dan lebih efektif. Dari segi penggantiannya juga mudah dan tidak mahal. Namun, disebabkan oleh ia dihasilkan daripada composite fibre, ia menjadikan tempoh ketahanannya tidak selama veneer.
Jadi, tidak hairanlah jika kos dan harga componeer tidak semahal veneer.
Baca Juga : Composite Veneer – Semua Yang Anda Perlu Tahu
Di bawah ini pula kami akan kongsikan kelebihan dan kekurangan componeer yang anda perlu tahu.
Kelebihan Componeer
Antara kelebihannya adalah:
- Dapat dipasang dengan mudah dan cepat (dalam satu temujanji)
- Mudah untuk dibersihkan, dibaiki dan diganti
- Tidak memerlukan filling yang berlebihan pada gigi
- Sukar untuk menyebabkan kerosakan pada struktur gigi
- Harga lebih murah berbanding porcelain veneer
.
Kekurangan Componeer
Kekurangannya pula adalah:
- Tidak sekuat porcelain veneer
- Tidak mampu untuk bertahan lama (3 ke 8 tahun) seperti veneer tradisional iaitu porcelain veneer dan composite veneer
- Tidak mempunyai daya tahan terhadap kekotoran sama seperti porcelain veneer (maksudnya mudah untuk menjadi kotor)
.
b. Veneer

Veneer merupakan pilihan rawatan yang paling kerap digunakan untuk mengatasi masalah:
- Gigi tidak tersusun
- Gigi jarang
- Warna gigi tidak sekata
.
Hasilnya? Ia akan memberikan anda senyuman yang lebih menawan dan gigi yang lebih putih. Kebiasannya ia dihasilkan daripada porcelain. Namun, ada juga yang dihasilkan daripada composite.
Veneer ada beberapa jenis. Ada jenis yang sudah siap dimana gigi anda akan disesuaikan dengannya dan ada juga yang dibuat khas mengikut gigi anda. Ia akan dilekatkan pada bahagian hadapan gigi untuk menghasilkan gigi yang cantik. Tidak dinafikan juga ia merupakan antara kaedah yang sangat efektif dan tahan lebih lama.
Kelebihan Veneer
Antara kelebihannya adalah:
- Tahap kesakitan tidak sama seperti pemasangan crown atau braces
- Biasanya dapat disiapkan dalam satu atau dua temujanji
- Tahan lama. Porcelain veneer biasanya mampu bertahan dalam jangka masa 10 hingga 20 tahun
- Anda boleh gosok atau floss seperti biasa
.
Kekurangan Veneer
Antara kekurangannya adalah:
- Ia akan melekat pada enamel gigi anda jadi sukar untuk diubah semula
- Harganya lebih mahal daripada pemasangan componeer
.
Componeer – Sesuai Atau Tidak?

Pilihan dan keputusan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti bagaimana anda ingin kelihatan, tahap kesihatan gigi, struktur gigi dan juga bajet anda. Jangan risau, jika anda masih tak tahu apa yang patut anda pilih, kami di Artisan Dental sedia membantu.
Kami juga ada sediakan kedua-dua jenis rawatan dan servis ini untuk anda. Pilih lokasi anda, dan tetapkan temujanji anda dengan doktor gigi kami.
.
Biar kami bantu anda untuk dapatkan gigi yang lebih cantik, senyuman yang lebih menawan dan tingkatkan keyakinan diri anda. Rasanya itu sahaja perkongsian kami kali ini mengenai componeer. Semoga bermanfaat