Whitening Package

Whitening Package – Apa Anda Perlu Tahu?

Salah satu pakej pergigian yang sangat dicari sekarang ini adalah whitening package. Hal ini kerana kesihatan dan penampilan gigi adalah amat penting untuk kita jaga dengan sebaiknya. Dapat dilihat bahwa pada masa kini, orang ramai sudah mula peka terhadap kesihatan gigi mereka.

Disebabkan itu jugalah banyak produk-produk kecantikan dan penjagaan gigi mula rancak dijual sama ada di kiosk atau secara online seperti di Shoppe dan Lazada . Antara produk penjagaan gigi yang diminati ramai adalah yang berkaitan pemutihan gigi atau whitening package.

Whitening Package

Ia adalah salah satu servis kesihatan dan penjagaan pergigian yang ada ditawarkan di setiap klinik pergigian. Ada juga yang menawarkannya dalam bentuk set. Whitening package set ini juga boleh didapati di laman perniagaan online seperti di Shopee, Lazada dan lain-lain.

Servis ini anda boleh dapatkan menerusi servis daripada doktor gigi atau dengan mendapatkan whitening home kit. Tujuan whitening package yang pelbagai ini adalah bagi membolehkan orang ramai mudah untuk menjaga dan memutihkan gigi mereka.

Hal ini kerana ada yang memilih untuk mendapatkan servis ini terus daripada doktor gigi dan ada juga yang ingin melakukannya sendiri namun dengan menggunakan whitening home kit yang disediakan oleh klinik pergigian.

Jenis-Jenis Whitening Package

Terdapat pelbagai jenis pakej yang anda boleh dapatkan samada servis dan set melalui klinik pergigian atau set yang dijual di pasaran. Jika anda perasan, promosi whitening package atau advanced whitening package sering menjadi iklan yang dipaparkan di Instagram, Facebook dan sebagainya. 

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa jenis pakej yang ditawarkan dipasaran seperti:

a. Whitening Home kit

Whitening Package

Pakej home kit adalah yang paling disarankan dan jenis berkesan untuk memutihkan gigi. Ia selalunya dibekalkan oleh klinik-klinik pergigian selepas menjalani proses whitening professional di klinik. Ia juga ada memberikan ubat gigi yang tertentu. Kandungan peroxide bagi ubat gigi ini juga berbeza daripada ubat gigi biasa. Pemakaian ubat gigi jenis ini juga amat disarankan oleh doktor gigi. 

b. Laser Whitening Mouthguard

Kalau anda perasan, ramai juga artis dan influencer yang memakai whitening mouthguard jenis laser. Ia menjadi tren terkini bagi orang ramai, sebagai ikhtiar untuk memutihkan gigi dengan cara ini. Cahaya laser yang dikeluarkan daripada mouth guard tersebut dikatakan mampu untuk memutihkan gigi anda.

Melalui beberapa pandangan daripada pakar perubatan pergigian, pemakaian mouthguard yang tidak mengikut struktur gigi ini mampu menyebabkan komplikasi pada bahagian gusi anda.  

c. Whitening Package Berasaskan Serbuk Arang

Pakej berasaskan serbuk arang ini menjadi topik hangat pada suatu ketika. Ramai yang menganggap serbuk arang adalah agen pemutih gigi yang berkesan. 

Namun, pakar perubatan pergigian telah menjelaskan bahawa serbuk arang sebenarnya tidak bertindak sebagai agen untuk memutihkan gigi, sebaliknya sekadar ‘trend’ bagi mempromosikan set produk pemutihan gigi mereka. Kesan buruk dari pengunaan serbuk arang adalah hakisan lapisan enamel gigi yang akan menyebabkan gigi anda sensitif dan bertambah kuning.

Baca Juga : Cara Putihkan Gigi – Moden dan Tradisional

Whitening Package di Rumah atau Klinik?

Ia seakan-akan menjadi satu fenomena dan semakin popular disebabkan oleh faktor harga yang lebih murah dan sangat fleksibel untuk dilakukan pada bila-bila masa dan dibawa ke mana-mana. Keberkesanan menggunakan set pemutih ini juga sama seperti mana rawatan pemutihan gigi di klinik pergigian.

Namun, sesetengah pakar pergigian lebih menyarankan untuk anda mendapatkan rawatan teeth whitening yang dilakukan oleh doktor gigi yang bertauliah atas faktor keselamatan.

Produk yang digunakan di klinik pergigian juga lebih terjamin dari sudut keselamatan dan keberkesanannya. Kandungan peroxide yang terkandung didalamnya adalah jauh lebih rendah berbanding apa yang digunakan di klinik pergigian.

Selain itu, antara saranan doktor gigi sekiranya anda ingin membeli set pemutih gigi di farmasi atau kedai perubatan, anda perlu membuat kajian terlebih dahulu mengenai kandungan dan jenis produk yang ingin dibeli.

Seterusnya, pakar pergigian juga menyarankan agar anda mendapatkan konsultasi daripada doktor gigi dahulu sekiranya ingin membeli set whitening package. Ini kerana produk yang palsu mungkin akan menyebabkan kesihatan gigi anda akan terjejas.

Sekadar itu sahaja, perkongsian kami mengenai whitening package. Kami harap ia sedikit sebanyak dapat menjawab segala pertanyaan anda. Kami di Artisan Dental berbesar hati untuk berkongsi segala info dan maklumat mengenai kesihatan pergigian.

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.