Fissure Sealant

Fissure Sealant – Rawatan Terbaik Cegah Gigi Berlubang

Fissure sealant adalah rawatan tampalan gigi yang bertujuan memastikan pit dan fissures anda mempunyai kedalaman yang bersesuaian. Pit dan fissure ini pula adalah struktur pada permukaan permukaan gigi, atau kita panggil parit-parit kecil yang terdapat di  gigi geraham anda.

Kedalaman pit dan fissures ini pula, bertujuan untuk membantu anda ketika mengunyah makanan. Tetapi tahap lekuk dan kedalaman yang bermasalah ini akan menyebabkan sesetengah makanan yang anda makan masuk ke dalam lekuk tersebut.

Kedalaman ini juga tidak mampu dibersihkan hanya dengan menggunakan berus gigi anda. Besar kemungkinan untuk anda perlu mencungkil sisa makanan yang masuk kedalam lekuk-lekuk tersebut dengan menggunakan pencungkil gigi.

Tetapi, penggunaan pencungkil gigi ini sama sekali tidak disarankan oleh doktor gigi kerana ia akan menyebabkan kesan-kesan buruk kepada gigi anda sebenarnya. Jadi, apa rawatan yang boleh dilakukan?

Apa Itu Fissure Sealant?

Fissure Sealant

Fissure sealant adalah jawapan bagi menyelesaikan masalah sisa makanan tersangkut ke dalam gigi. Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, ia adalah rawatan tampalan gigi dengan membuat satu lapisan pada lekuk gigi untuk mengelakkan ia berlubang.

Bahan tampalan yang digunakan untuk rawatan fissure sealant ini adalah bahan yang mengandungi fluorida, yang akan diserap oleh gigi untuk menguatkan struktur gigi anda.

Rawatan fissure sealant ini amat sesuai dilakukan oleh golongan dewasa dan kanak-kanak. Ia amat penting untuk kanak-kanak yang mula tumbuh gigi molar kekal dan bagi kanak-kanak yang jarang dan susah untuk memberus gigi.

BACA JUGA : Tooth Extraction – Betul Ke Mengerikan?

Harga Rawatan Tampal Gigi

Fissure Sealant

Antara carian yang popular di Google mengenai fissure sealant atau tampal gigi ini adalah seperti berikut;

  • Tampal gigi berlubang harga
  • Harga tampal gigi
  • Harga tampal gigi klinik swasta
  • Kos tampal gigi
  • Harga tampal gigi swasta
  • Harga tampal gigi klinik depan
  • Kos tampal gigi klinik swasta
  • Harga tampal gigi klinik kerajaan
  • Harga tampal gigi di klinik swasta

BACA JUGA : Teeth Whitening – Rawatan Pemutihan Gigi

Banyak bukan? Persamaan bagi setiap carian di atas adalah harga dan kos untuk tampal gigi. Ini menunjukkan ramai yang tertanya-tanya dan berminat dengan rawatan ini.

Tampal gigi klinik kerajaan atau swasta pasti mempunyai perbezaan dari sudut harga. Harga yang ditawarkan di klinik kerajaan adalah lebih murah berbanding dengan klinik swasta.

Tetapi, ramai sebenarnya yang lebih gemar untuk mendapatkan rawatan fissure sealant ini di klinik pergigian swasta, oleh kerana tidak perlu menunggu lama bagi proses temu janji. Ia juga bergantung kepada keselesaan dan pilihan anda.

BACA JUGA : Tooth Implant – Selesa Seperti Gigi Asli

Fissure Sealant

Kami di Artisan Dental turut menawarkan rawatan fissure sealant di klinik pergigian kami. Konsultasi dari doktor gigi adalah prosedur pertama yang kami akan lakukan sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik kami.

Ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kerosakan dan masalah gigi anda dan memberi  cadangan kepada anda mengenai rawatan yang bersesuaian dengan masalah gigi yang anda hadapi.

Rasanya itu sahaja perkongsian kami kali ini mengenai fissure sealant. Segera dapatkan rawatan daripada doktor gigi di klinik pergigian yang berhampiran sekiranya anda mengalami masalah yang memerlukan fissure sealant.

Get Your Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking
Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.

Get Free Consultation Now

Exceptional Care COVID19
Professional Dentist
Flexible Booking

Taking care of your teeth is one thing, enjoying your care is everything.