Mungkin ramai yang tertanya-tanya Cabut gigi bongsu ni perlu atau tidak sebenarnya? Gigi bongsu adalah set gigi terakhir yang mula tumbuh apabila anda mula menjengah usia sekitar dua-puluhan atau ketika usia remaja. Gigi bongsu tidak akan menjadi masalah sekiranya ia tumbuh pada posisi yang betul.
Namun, gigi bongsu juga boleh memberikan kesan sebaliknya, kerana pertumbuhan gigi yang agak lambat menyebabkan anda berpotensi besar mempunyai susunan gigi yang tidak teratur.
Maka, pertumbuhan gigi bongsu pada posisi yang tidak sepatutnya akan menyebabkan beberapa komplikasi lain. Gigi bongsu akan berhimpit sekaligus memberikan susunan gigi yang tidak teratur. Ia juga akan mengakibatkan rasa sakit.
Disebabkan oleh hal itu, antara saranan utama yang sering disarankan oleh setiap doktor gigi di klinik pergigian adalah dengan menyarankan kepada pesakit untuk segera cabut gigi bongsu tersebut.
PROSES CABUT GIGI BONGSU PESAKIT

Antara simptom-simptom awal yang anda perlu ketahui mengenai pertumbuhan gigi bongsu yang bermasalah adalah seperti berikut:
- Gigi bongsu berlubang.
- Sakit gigi bongsu.
- Makanan mudah melekat di celah2 gigi bongsu
- Gusi dan pipi bengkak.
Sekiranya anda mengalami simptom di atas, maka saranan kami adalah supaya anda segera untuk membuat pemeriksaan gigi di klinik pergigian. Apabila anda memaklumkan bahawa gigi bongsu anda sakit kepada doktor gigi, pastinya rawatan utama yang akan dicadangkan adalah untuk cabut gigi bongsu tersebut.
Cabutan gigi bongsu ini mestilah dilakukan oleh doktor gigi yang terlatih supaya tidak menyebabkan komplikasi dan masalah-masalah lain. Prosedur mencabut gigi bongsu adalah sangat santai dan mudah.
BACA JUGA : Clear Aligners -Rawatan Kecantikan Gigi

Doktor gigi akan melakukan pembedahan gigi bongsu atau minor oral surgery. Percaya atau tidak, anda tidak akan merasa apa-apa ketika prosedur pembedahan dilakukan.
Anda akan diberi anasthesia atau ubat kebas untuk menghilangkan rasa sakit ketika pembedahan dilakukan. Kebiasaannya, prosedur pembedahan gigi bongsu mengambil masa selama 45 minit- 2 jam bergantung kepada tahap kesusahan.
Selepas prosedur pembedahan selesai, bahagian gusi dan pipi anda akan kelihatan sedikit membengkak. Kesan ini adalah normal, kerana gusi anda baru sahaja selesai pembedahan dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.
Anda juga perlu menggigit kapas pada lokasi gigi bongsu anda dicabut, supaya dapat menghentikan pengaliran darah daripada terus berlaku. Doktor gigi akan memberi masa sehingga 20-30 minit untuk anda berehat seketika, sebelum dibenarkan pulang. Anda juga akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit untuk dibawa pulang.
BACA JUGA : Tooth Extraction – Betul Ke Mengerikan?

Cabut gigi bongsu adalah cara hilangkan sakit gigi bongsu yang paling simple dan cepat. Mungkin ada ubat-ubatan yang anda lihat di sosial media atau laman web, yang mengatakan mampu menghilangkan rasa sakit gigi yang anda hadapi.
Namun, saranan kami adalah lebih baik untuk anda mendapatkan konsultasi daripada doktor gigi mengenai masalah sakit gigi anda. Seperti di Artisan Dental, kami turut menawarkan servis cabut gigi bongsu.
Apapun, adalah lebih baik jika anda mendapatkan konsultasi daripada doktor gigi kami sebelum terus lanjut kepada jenis rawatan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah sakit gigi anda.
BACA JUGA : Teeth Whitening – Rawatan Pemutihan Gigi
HARGA SERVICE CABUT GIGI BONGSU

Harga cabut gigi bongsu atau kos cabut gigi bongsu ini berbeza mengikut klinik pergigian yang anda kunjungi. Harga mencabut gigi bongsu di klinik kerajaan dan swasta juga mempunyai perbezaan yang ketara.
Di mana anda melakukan prosedur cabut gigi ini bukan masalah utama sebenarnya, kerana ia bersesuaian dengan keselesaan dan pilihan anda. Cuma, anda perlu pastikan bahawa klinik pergigian yang anda kunjungi turut mempunyai doktor pakar gigi yang berpengalaman.
Sekadar itu sahaja perkongsian kami mengenai cabut gigi bongsu. Semoga perkongsian kali ini, memberikan manfaat dan kami juga berharap perkongsian ini dapat menjawab persoalan anda mengenai masalah gigi yang anda sedang hadapi.