Antara persoalan yang sering kami terima daripada orang ramai mengenai retainer gigi adalah seperti berikut,
“Perlukah saya pakai retainer selepas saya pakai braces?”
“Bolehkah pakai retainer tanpa pakai braces?”
“Berapa lama pakai retainer?”
“Retainer gigi murah?”
“Berapa harga retainer gigi?”
Sebenarnya, banyak lagi soalan-soalan yang kami terima daripada orang ramai mengenainya. Disebabkan itu, artikel kali ini kami ingin kongsikan kepada anda semua mengenai informasi penting mengenainya supaya dapat menjawab segala keraguan anda terhadap rawatan ini.
Baca Juga : Retainer Braces – Apa Anda Perlu Tahu?
Apa Itu Retainer Gigi?
Ia juga dikenali sebagai retainer braces merupakan rawatan susulan selepas sahaja anda selesai memakai braces. Fungsinya adalah untuk memastikan gigi anda sentiasa berada di posisi yang sama.
Pemakaian retainer sangat disarankan oleh doktor gigi apabila anda selesai sahaja rawatan pemakaian braces. Hal ini kerana, gigi anda akan sentiasa cuba untuk bergerak ke posisi asal mereka.
Pergerakan ini dikenali sebagai relapsed. Justeru itu, dengan memakai retainer gigi, ia mampu memegang gigi anda supaya relapsed jarang berlaku.
Jenis-Jenis Retainer Gigi
Terdapat dua jenis retainer iaitu permanent dan removable. Doktor gigi anda akan membantu anda dari segi pemilihannya yang sesuai dengan struktur gigi anda. Pemilihan retainer ini juga bergantung kepada tahap disiplin anda tentang rawatan yang wajib dipatuhi.
Hal ini kerana, jenis retainer gigi yang anda pilih mempunyai tempoh masa tertentu dan cara pemakaiannya juga berbeza. Sekiranya anda seorang yang pelupa, maka doktor gigi akan menyarankan anda untuk memakai retainer gigi jenis permanent.
- Permanent retainers
Permanent retainers adalah retainer gigi yang akan dipasang secara kekal mengikut bentuk dan struktur gigi anda. Retainer ini akan dipasang di belakang permukaan gigi anda sama seperti mana pemakaian braces.
Jenis permanent retainer yang ditawarkan di klinik pergigian sangat banyak dan salah satu contoh terbaik adalah retainer besi yang mempunyai wayar pengikat besi melengkung mengikut lengkungan gigi anda.
- Removable retainer
Removable retainer adalah jenis retainer yang sangat digemari oleh orang ramai kerana ia boleh dicabut dan dipakai semula pada bila-bila masa. Ia diperbuat daripada wayar yang boleh dibentuk dan acrylic.
Retainer plastik adalah jenis removable retainer yang sangat disukai oleh orang ramai kerana mempunyai tona warna yang transparent dan tidak menonjol. Memang betul, removable retainer ini sangat digemari oleh orang ramai.
Akan tetapi, kebanyakan orang yang memakai removable retainer ini akan kerap mengalami masalah gigi relapsed. Ia disebabkan pengguna kerap menanggalkan retainer ini. Kebarangkalian untuk anda lupa untuk memakai semula adalah sangat besar.
Risiko untuk anda hilang retainer juga tinggi. Ramai juga yang menceritakan pengalaman memakai retainer jenis ini di media sosial yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda memilih jenis yang sesuai.
Harga Retainer Braces
Berdasarkan carian kami di Google dengan menggunakan kata kunci retainer price Malaysia, retainer gigi harga masih lagi berada dalam lingkungan harga mampu milik dan berpatutan.
Harga retainer braces yang ditawarkan bersesuaian dengan servis dan khidmat yang akan anda perolehi. Namun begitu, kami sarankan anda untuk lakukan sedikit kajian mengenai harga retainer klinik pergigian yang anda inginkan dan bandingkan harga dan servis yang ditawarkan dengan klinik pergigian yang lain.
Ini supaya pilihan yang anda buat sesuai dengan pelaburan yang anda ingin keluarkan.
Untuk makluman anda juga, kami di Artisan Dental ada menawarkan rawatan ini di klinik pergigian kami. Ramai yang memberi respond positif setelah mendapatkan rawatan ini di klinik pergigian kami.
Kami harap segala persoalan anda mengenai retainer gigi terjawab menerusi perkongsian kami ini. Sekiranya anda masih mempunyai soalan dan tidak tahu rawatan mana yang bersesuaian untuk anda, kami sangat mengalu-alukan anda untuk menghubungi kami.
Kami sangat berbesar hati untuk menjawab segala pertanyaan anda. Sekian sahaja perkongsian kami untuk kali ini. Semoga bermanfaat.