“Harga veneer gigi ni mahal ke?” Itulah diantara kriteria utama untuk sebarang servis pergigian atau rawatan pergigian yang ditawarkan. Namun, silap kebanyakan daripada kita adalah membandingkan harga tanpa memahami dahulu kenapa ia dikenakan harga sedemikian.
Antara persoalan yang sering bermain dalam fikiran setiap individu sebelum mereka mendapatkan sebarang servis atau rawatan adalah seperti berikut:
“Adakah harga tersebut berada di dalam bajet mereka?”
“Adakah harga tersebut meliputi keseluruhan rawatan atau ada caj tambahan yang tersembunyi?”
Begitu juga untuk rawatan veneer gigi yang ditawarkan di setiap klinik pergigian. Bagi sesetengah individu, harga veneer gigi ini akan menjadi penentu sama ada ingin mendapatkan rawatan veneer gigi di klinik tersebut atau tidak.
Tambahan pula, harga veneer gigi yang ditawarkan di klinik pergigian kerajaan dan klinik pergigian swasta mempunyai jurang perbezaan yang sangat besar. Jurang harga yang besar tersebut biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Nak tahu kenapa? Jom kami jelaskan dengan terperinci mengenai harga veneer gigi Malaysia:
Veneer Gigi Klinik Pergigian Swasta atau Kerajaan?
a. Veneer Gigi Harga Berbeza

Kami sendiri tidak nafikan bahawa setiap rawatan pergigian mahupun rawatan perubatan yang ditawarkan di klinik atau pusat rawatan kerajaan adalah jauh lebih murah berbanding klinik atau hospital swasta. Harga veneer gigi klinik kerajaan hanya mencecah sehingga RM 200 bagi setiap gigi, termasuk korona sementara. Manakala, purata harga di klinik swasta adalah dalam lingkungan RM350 hingga RM1000 untuk setiap gigi, bergantung kepada jenis bahan/ material yang digunakan.
BACA JUGA : Porcelain Veneer – Semua Yang Anda Perlu Tahu

Perbezaan harga yang ketara ini adalah disebabkan oleh setiap rawatan yang ditawarkan di klinik pergigian kerajaan mempunyai subsidi daripada pihak kerajaan. Berbeza pula dengan klinik pergigian swasta dimana pemilik klinik pergigian tersebut yang perlu menanggung segalanya termasuklah kewangan mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, tidak semua klinik gigi kerajaan menawarkan perkhidmatan veneer ini. Kebanyakan klinik gigi kerajaan membuat rawatan pergigian asas sahaja seperti tampalan biasa, scaling, cabutan gigi dan gigi palsu sahaja.
BACA JUGA : Conventional Braces – Jenis, Fungsi dan Harga
b. Temujanji

Antara faktor utama mengapa dan kenapa ramai orang lebih memilih untuk mendapatkan rawatan veneer gigi di klinik pergigian swasta adalah kerana proses temujanji yang lebih mesra pelanggan dan cepat. Temujanji bagi rawatan susulan juga amat cepat bergantung kepada jenis rawatan yang diterima.
Selain itu, ada sesetengah klinik pergigian swasta yang menggunakan sistem temujanji secara online. Anda hanya perlu melayari laman web klinik pergigian tersebut, dan membuat temujanji rawatan anda secara online mengikut kesesuaian masa anda sendiri.
BACA JUGA : Tooth Implant – Selesa Seperti Gigi Asli

Berbeza pula dengan klinik pergigian kerajaan, di mana proses temujanji mungkin akan memakan masa berminggu-minggu atau berbulan. Hal ini kerana, jumlah pesakit yang diterima di klinik pergigian kerajaan adalah sangat ramai, menyebabkan waiting list menjadi panjang.
Seperti di Artisan Dental, kami juga mengadaptasi sistem temujanji secara online. Anda hanya perlu layari laman web kami, membuat temujanji anda pada bila-bila masa berserta rawatan yang anda inginkan. Pihak kami akan menghubungi anda semula bagi mendapatkan kepastian mengenai temujanji.
Mudah bukan? Anda tidak perlu lagi untuk tergesa-gesa untuk menghadiri temujanji rawatan pergigian anda, disebabkan temujanji yang dibuat adalah berdasarkan waktu pilihan anda.

Harga veneer gigi yang kami tawarkan juga adalah di dalam julat harga mampu milik dan berbaloi. Ramai juga yang memberi respon positif setelah mendapatkan rawatan veneer gigi di klinik pergigian kami.
Secara kesimpulanya, kemudahan yang ditawarkan di klinik pergigian swasta adalah berbaloi dengan harga veneer gigi yang ditawarkan. Harga veneer gigi yang ditawarkan mungkin sedikit tinggi tetapi ia datang dengan servis perkhidmatan yang lebih mesra pelanggan dan rawatan yang lebih terjamin kualitinya.
Rasanya itu sahaja perkongsian kami kali ini mengenai perbezaan harga veneer gigi di Malaysia. Kami harap perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada anda. Kami juga berbesar hati untuk menjawab segala pertanyaan anda mengenai kesihatan pergigian.