
Braces atau pendakap gigi adalah merupakan sejenis alat yang digunakan oleh pakar pergigian untuk pesakit yang mempunyai masalah kedudukan atau susunan gigi yang tidak betul.
Tujuan pemakaian braces adalah untuk membetulkan kedudukan gigi bagi memudahkan proses membersihkan gigi, mengelakkan masalah yang boleh menyebabkan kesukaran makan serta merubah penampilan menjadi lebih baik dan pelbagai lagi.






Jenis Gigi Memerlukan Pendakap Gigi

1. GIGI BERLAPIS (CROWDING)
Masalah gigi berlapis yang teruk menyebabkan kesukaran membersihkan gigi.
2. GIGI JARANG ( SPACING)
Gigi yang jarang nampak kurang cantik dan makanan mudah melekat antara gigi jika tidak dibersih dengan baik.
3. GIGI BERSILANG (CROSSBITE)
Gigi atas bersilang dengan gigi bawah. Gigitan yang betul adalah gigi atas di hadapan gigi bawah.
4. GIGITAN TERBUKA (OPEN BITE)
Selalunya terjadi kepada pesakit yang mempunyai tabiat menghisap puting susu atau jari terlalu lama.
5. GIGITAN DALAM (OVERBITE)
Gigitan gigi atas depan yang terlalu ke dalam.
6. GIGITAN KE DALAM (UNDERBITE)
Susunan gigi atas depan berkedudukan belakang daripada gigi bawah.
7. JONGANG (PROTRUSION)
Gigi yang terlalu ke hadapan atau bahasa mudahnya jongang.
8. GIGI TUMBUH TAK TERATUR (ABNORMAL ERUPTION)
Contohnya, gigi taring yang tumbuh atas daripada gigi-gigi yang lain.
Gigi Terabur/ Tidak Tersusun
Faktor/Punca gigi tidak tersusun
- Faktor keturunan
- Saiz tulang rahang dan gigi tidak seimbang
- Bilangan gigi yang lebih
- Bentuk gigi yang tidak normal
- Gigi terhimpit kerana tidak cukup ruang (terimpak)
- Kehilangan awal gigi susu atau gigi kekal
- Tabiat buruk seperti menghisap jari atau menggigit bibir
Rawatan yang sesuai untuk gigi tidak bersusun ialah:
- Cabutan sebatang atau lebih gigi (tidak perlu memakai aplians ortodontik)
- Pemakaian pendakap gigi boleh tanggal (Invisalign)
- Pemakaian pedakap gigi konvenisonal
Braces Timelapse
Mengapa Anda Perlu Memakai Braces?
Kebanyakan orang memakai pendakap gigi untuk tujuan kosmetik. Namun, ada banyak lagi faktor yang memerlukan pemakaian braces. Antaranya:
Baca lebih lanjut:
- Gigi yang terlalu senget atau rapat.
- Sukar untuk memberus atau flos kerana kondisi gigi.
- Selalu tergigit lidah dengan gigi.
- Anda tidak boleh menutup mulut dengan betul.
- Sukar untuk menyebut perkataan atau bunyi tertentu.
- Rahang berbunyi ‘klik’ ketika anda mengunyah atau semasa bangun tidur.
- Rasa sakit di sekitar rahang apabila anda mengunyah.
Selalunya, doktor gigi menyarankan pemakaian braces sejak kecil. Jadi, jika anak anda mempunyai masalah gigi, mari tanya pendapat pakar di Komuniti Keibubapaan Hello Doktor.

Secara kesimpulanya, kemudahan yang ditawarkan di klinik pergigian swasta adalah berbaloi dengan harga pendakap gigi yang ditawarkan. Harga pendakap gigi yang ditawarkan mungkin sedikit tinggi tetapi ia datang dengan servis perkhidmatan yang lebih mesra pelanggan dan rawatan yang lebih terjamin kualitinya.