– By DR NUSAIBAH BINTI MOHD KHIR
Air polishing adalah rawatan alternatif yang lebih moden berbanding rawatan ‘polishing’ biasa yang menggunakan ‘polishing paste’ dan ’polishing cup’

Proses Rawatan Air Polishing
Air polishing menggunakan semburan air yang kuat, tetapi terkawal dan serbuk berperisa lemon (Serbuk natrium bikarbonat gred perubatan), berlawanan dengan alat pengikis dan ‘polishing brush’ yang digunakan dalam rawatan penskaleran & ‘polishing’. Ia merupakan cara yang cepat dan tidak invasif untuk membersihkan gigi. Menggunakan air polishing, doktor gigi anda boleh membersihkan bahagian poket gusi dan kawasan di celah gigi untuk memberikan anda senyuman segar.
Kes yang Sesuai untuk Rawatan Air Polishing
- Kotoran berwarna karat yang disebabkan oleh tabiat merokok
- Kotoran berwarna karat yang disebabkan oleh minuman teh atau kopi
- Untuk menghilangkan karang gigi halus yang masih melekat pada permukaan gigi, setelah rawatan penskaleran dilakukan.
- Untuk menghilangkan plak biofilm pada permukaan gigi

Kelebihan Rawatan Air Polishing
- Tiada sentuhan fizikal dengan gigi, oleh itu tiada risiko kecederaan haba
- Tidak menjana haba, tekanan atau sebarang punca ketidakselesaan lain
- Efisien dan lebih cepat untuk menghilangkan kotoran dan plak biofilm dari gigi.
- Lebih selesa dan mengelakkan kerosakan pada enamel
Adakah rawatan air polishing menyakitkan?
Kebanyakan orang mendapati bahawa rawatan air polishing tidak menyakitkan, dan merasakan getaran serta kabus air yang menyejukkan semasa rawatan, tidak menyebabkan ketidakselesaan. Malah ramai orang melaporkan bahawa mereka menikmati proses pembersihan dan rasa permukaan gigi mereka menjadi licin selepas itu!