Apa itu veneer gigi? Banyak kan istilah dalam dunia kesihatan pergigian ni. Kadang-kala bila baca sahaja mengenai senarai servis atau rawatan di klinik pergigian, jadi blur sekejap.
Ia merupakan salah satu rawatan yang paling kerap dicari. Zaman sekarang, ia sudah menjadi tren kecantikan yang dilakukan oleh hampir setiap orang terutamanya golongan wanita.

Ia bertujuan untuk menutup permukaan gigi anda dengan cara menampal dengan satu lapisan nipis yang dibuat secara khusus untuk memperbaiki dan mencantikkan penampilan dan bentuk gigi anda.
Kenapa Anda Perlukannya?

Memang betul, ia bertujuan untuk mencantikkan lagi struktur, warna dan bentuk gigi anda. Sesetengah orang ingin tampak lebih yakin untuk bercakap apabila struktur gigi mereka cantik dan tersusun.
Tetapi, bukan itu sahaja tujuan wujudnya rawatan veneer gigi sebenarnya. Rawatan veneer gigi ini juga mampu untuk menyelesaikan masalah dan komplikasi gigi yang lain. Antara tujuan lain penggunaannya adalah seperti berikut:
- Gigi mengelupas atau pecah
- Gigi retak
- Gigi besar sebelah
- Gigi yang tidak selari, tidak sekata atau tidak teratur
- Gigi yang mempunyai jurang (veneer boleh menutupi jurang antara satu gigi dengan gigi yang lain.
Tambahan pula, ia juga boleh memberi kesan sama seperti seperti anda mendapatkan servis teeth whitening. Rawatan ini boleh memutihkan gigi anda yang berwarna kuning. Menarik bukan?.
Veneer Gigi Menurut Islam

Sama juga seperti memakai gigi palsu ataupun rawatan-rawatan lain yang akan mengubah struktur dan raut wajah seseorang. Bagaimana Islam memandang hukum veneer gigi ini? Adakah ia dibenarkan atau tidak?
Hukumnya adalah dibolehkan apabila rawatan veneer gigi ini bertujuan untuk merawat gigi yang rosak agar dapat berfungsi semula dengan baik. Namun, sekiranya niat utama melakukan rawatan ini untuk mencantikkan diri agar dapat menarik perhatian orang lain ia adalah dilarang sama sekali.
Islam melarang sama sekali perbuatan rawatan ini atas tujuan tersebut. Hal ini kerana ia dinilai sebagai salah satu daripada perbuatan tabarruj, yang mana dalam Islam perbuatan yang dikaitkan dengan tabarruj adalah sangat dilarang.
Tabarruj dalam Islam membawa maksud ingin kelihatan terlalu menonjol dan menampakkan diri untuk pujian. Jadi, pastikan niat anda adalah betul jika anda ingin mendapatkan servis veneer gigi.
Berapa Harga Veneer Gigi?

Antara soalan menarik yang sering diajukan di klinik pergigian mengenai veneer gigi ini adalah
- Veneer gigi harga berapa
- Veneer gigi harga
Secara umumnya, kos rawatan atau harganya berbeza di antara klinik kerajaan dan swasta. Harga veneer gigi klinik kerajaan adalah jauh lebih murah berbanding veneer gigi di klinik pergigian swasta.
Tapi jangan risau, kos di klinik pergigian swasta ini masih lagi berada dalam lingkungan harga yang berpatutan dan mampu milik. Ia bergantung kepada keselesaan dan pilihan anda juga.
Baca Juga : Harga Veneer Gigi – Murah atau Mahal?

Seperti di Artisan Dental, kami turut menawarkan rawatan ini di klinik pergigian kami. Sebelum, anda segera untuk rawatan ini, anda perlu mendapatkan konsultasi daripada doktor gigi kami terlebih dahulu mengenai tahap kerosakan gigi anda.
Kami juga menawarkan harga yang mampu milik beserta servis yang pantas. Ramai yang memberikan respon positif setelah melakukan rawataini dengan kami.
Menarik bukan veneer gigi ini? Setiap rawatan dan prosedur pergigian yang ditawarkan di klinik pergigian mempunyai tujuan-tujuan yang tertentu. Sekiranya, anda masih lagi ragu-ragu dan tidak tahu, rawatan mana yang bersesuaian untuk anda, hubungi sahaja kami. Kami sangat berbesar hati untuk menjawab segala pertanyaan anda.
Sekian sahaja perkongsian kami untuk kali ini. Semoga bermanfaat.