Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pada zaman sekarang ini, ramai yang sangat bersyukur kerana banyak urusan yang dapat diselesaikan secara online. Perkara ini juga turut diikuti dan dilakukan di klinik pergigian dimana temujanji juga boleh dilakukan secara online sahaja.
Temujanji online klinik pergigian juga telah diguna pakai oleh majoriti klinik pergigian swasta secara amnya. Sebagai contoh apabila anda taip klinik pergigian near me di kotak carian Google, hasil carian akan menunjukkan senarai klinik pergigian yang berada di sekitar anda termasuk klinik pergigian swasta dan klinik pergigian kerajaan.

Boleh dikatakan lebih daripada dua atau tiga klinik pergigian yang akan tertera di skrin anda dan kebanyakan klinik ini telah mengaplikasikan konsep temujanji secara online.
Ada juga yang berpendapat bahawa dengan adanya fungsi untuk menempah temujanji secara online ini, ia sedikit sebanyak menambah tarikan kepada orang ramai untuk berurusan.
Dalam perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan dengan anda secara terperinci mengenai prosedur yang perlu dilakukan untuk temujanji online klinik pergigian. Jom baca!
Prosedur Temujanji Online Klinik Pergigian
Membuat temujanji online adalah sangat mudah dan cepat. Begitu juga di Artisan Dental, kami turut mengaplikasikan sistem membuat temujanji secara online. Jom kami terangkan kepada anda bagaimana sistem temujanji online klinik pergigian kami.
1. CARI KAMI DI GOOGLE
Pertama sekali, anda hanya perlu taip Artisan Dental di kotak carian Google anda. Apabila laman web kami muncul, kami sarankan anda untuk melayari keseluruhan website kami terlebih dahulu untuk melihat jenis servis dan rawatan yang kami sediakan.
2. BOOK APPOINTMENT

Pada laman utama di laman web kami, anda boleh lihat menu yang bernama BOOK APPOINTMENT. Tujuan menu tersebut adalah untuk anda membuat temujanji terus kepada kami secara online. Tekan sahaja menu tersebut, dan sistem akan terus bawa anda ke laman permohonan temujanji.
3. REQUEST AN APPOINTMENT
Apabila anda tekan sahaja menu BOOK APPOINTMENT itu tadi, sistem akan membawa anda ke laman REQUEST AN APPOINTMENT. Anda akan lihat satu borang permohonan yang bertajuk REQUEST AN APPOINTMENT terpapar di skrin komputer atau telefon bimbit anda.
4. ISI MAKLUMAT DIRI DAN RAWATAN YANG DIPERLUKAN

Anda perlu mengisi semua maklumat-maklumat tersebut. Maklumat ini akan digunakan semasa temujanji anda nanti. Antara maklumat diri yang perlu diisi adalah seperti berikut;
- Nama
- Nombor telefon
Anda juga perlu menyatakan tarikh temujanji yang anda inginkan, lokasi dan juga rawatan yang anda ingin dapatkan di klinik pergigian kami. WhatsApp merupakan platform untuk kami berhubung dengan anda.
Ini amat penting bagi memastikan anda selesa samada untuk mendapatkan panggilan telefon atau pesanan ringkas daripada kami sekiranya ada perkara yang perlu untuk kami berhubung dengan anda terlebih dahulu.
Baca Juga : Klinik Pergigian – Apa Yang Perlu Anda Tahu?
5. PILIH KLINIK PERGIGIAN ARTISAN DENTAL YANG BERDEKATAN
Kami juga menyenaraikan setiap cawangan klinik pergigian Artisan Dental. Jangan risau, sistem kami adalah sistem yang telah diselaraskan di mana anda boleh mendapatkan rawatan pergigian di mana-mana sahaja cawangan Artisan Dental yang berdekatan.
Kami juga ada menyediakan ruang pesanan untuk anda isi sebelum hadir secara fizikal ke klinik pergigian kami. Ruang tersebut boleh digunakan untuk meninggalkan pesanan kepada kami, supaya kami lebih bersedia dengan kehadiran anda pada hari temujanji.
SELESAI !!!
Mudah bukan? Temujanji online klinik pergigian adalah salah satu ciri yang menarik untuk kami kongsikan kepada anda. Tujuan kami kongsikan hal ini juga adalah untuk memudahkan anda mendapatkan rawatan pergigian sekalipun anda mempunyai jadual harian anda yang padat.
Sekian sahaja perkongsian kali ini untuk anda mengenai temujanji online klinik pergigian. Semoga bermanfaat!