Sesiapa yang ingin menambah baik struktur atau keadaan gigi sangat sesuai antaranya seperti berikut
Braces (Pendakap gigi) conventional adalah jenis yang paling biasa kita nampak orang pakai kerana harganya yang paling murah. Braces ini perlu guna getah atau juga dikenali sebagai O-ring. O-ring ini boleh didapati dalam bermacam warna lalu menjadikan pemakainya “cool”.
Tempoh rawatan untuk jenis braces ini adalah sekitar 18 hingga 24 bulan bergantung kepada keadaan asal gigi individu tersebut dan juga disiplinnya untuk datang review.
Braces (Pendakap gigi) self-ligating adalah jenis yang lebih moden kerana ia menggunakan teknologi lebih baru dimana braketnya direka khas untuk memegang wayar.
Tempoh memakai jenis braces ini lebih singkat dan pemakai akan kurang merasa sakit sepanjang tempoh rawatan berbanding jenis conventional. Selain itu, jenis braces ini juga kurang potensi untuk keperluan mencabut gigi.
Braces (Pendakap gigi) Invisible adalah jenis yang paling terkini dimana braces ini seperti lutsinar dan orang lain tidak akan perasan yang anda sedang memakainya!
Ia menggunakan komputer untuk menjana reka bentuk gigi secara 3D. Dengan teknologi serba baharu ini, kita boleh beri anggaran berapa lama anda perlu pakai.
Artisan Dental menawarkan tiga jenis braces iaitu conventional, self-ligating dan juga clear “invisible” braces.
Brach Kedah:
Brach Klang:
Untuk menambah baik keadaan gigi dengan rawatan braces/ pendakap gigi hanya ada 6 langkah mudah sahaja
Dapatkan konsultasi dengan doktor untuk ketahui lebih lanjut mengenai keadaan gigi anda serendah RM35 sahaja
Semasa permulaan selepas braces telah dipasang, anda akan rasa sedikit tidak selesa selama beberapa hari hingga ke satu minggu. Namun kita akan berikan ubat tahan sakit untuk bantu melegekan anda.
Untuk kesenangan pelanggan kami, pembayaran deposit boleh dilakukan selepas pemasangan braces dan baki secara ansuran setiap bulan.
Bergantung kepada jenis gigi dan jenis braces yang dipakai, tempoh rawatan boleh bermula dari 12 bulan ke 24 bulan. Bagi kes yang sangat rumit, boleh sehingga 36 bulan.